AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 6, 2009

PPSMI: Sasterawan Negara rela lepas gelaran

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Lima Sasterawan Negara memberi amaran kepada 'kuasawan' (pemimpin kerajaan) bahawa mereka akan meneruskan 'perlawanan' menentang dasar PPSMI walau dengan pelbagai cara sekalipun.

"Jika kuasawan ini tidak bersedia untuk tunduk, bagi saya perlawanan ini akan diteruskan dari pelbagai sudut, kami akan turun merakyatkan betul-betul, untuk menginsafkan rakyat bahawa mereka akan hilang bahasa dan jati diri," kata Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.

A. Samad dan Prof Mohammad Salleh juga bersedia melepaskan gelarannya jika ia menjadi faktor penghalang untuk menyuarakan bantahan mereka.

"Kami memang sanggup (lepaskan gelaran), kalau dikiranya Sasterawan Negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya,"katanya dalam sidang media di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) semalam.

Bidasnya, pemimpin yang berkuasa janganlah berfikir bahawa kuasa yang dimiliki mereka itu adalah satu kebenaran.

"Janganlah berfikir bahawasanya hanya dia berkuasa, dia boleh menggunakan dana rakyat sebanyaknya untuk melonjakkan penggunaan Bahasa Inggeris seolah-olah itu sahaja bahasa rezeki kita, ini tidak benar," katanya.

Beliau secara jujur meminta agar pimpinan kerajaan kembali meluhuri undang-undang dan jangan sewenang-wenangnya menjentik perlembagaan negara.

"Ahli politik ini ada usia luputnya. Kuasawan ada tarikh luputnya. Sasterawan, kerana tidak ada tarikh luputnya, dia akan terus berlawan," kata beliau.

Apa yang dikesali katanya, memorandum yang dihantar kepada pimpinan kerajaan yang diharapkan 'bertelinga dua' selama ini, tetapi ia sebaliknya iaitu 'telinganya satu lidahnya dua'.

Ketika ditanya sama ada Sasterawan Negara agak terlambat dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar itu, A Samad berkata, pada awalnya mereka menganggap 'kuasawan' adalah di kalangan mereka malangnya kritikan mereka tidak diambil kira.

Keadaan ini, katanya mendorong mereka untuk mencari 'kuasawan' yang mempunyai matlamat yang sama dalam memperjuangkan bahasa dan bangsa.

"Itu sebabnya GMP memerlukan kuasawan juga iaitu PAS, KeADILan dan DAP yang kebetulan memperjuangkan hal yang sama,"jelas beliau.

Turut sama menentang dasar itu tiga lagi sasterawan negara iaitu Dato' Shahnon Ahmad, Dato' Noordin Hassan dan Dato' Abdullah Hussain yang tidak dapat hadir sidang media itu kerana masalah kesihatan. - mks.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009