Followers

Waktu Solat

Hari Cuti Selangor

Tahun Baru 2009 01.01.09
Thaipusam 08.02.09
Keputeraan DYMM Sultan 11.12.09

Hari Cuti Persekutuan

Tahun Baru Cina 26.01.09
27.01.09
Maulidul Rasul 09.03.09
Hari Pekerja 01.05.09
Hari Wesak 09.05.09
Keputeraan YDP Agong 06.06.09
Hari Kebangsaan 31.08.09
Aidilfitri 20.09.09
21.09.09
Deepavali 17.10.09
Aidiladha 27.11.09
Awal Muharram 18.12.09
Krismas 25.12.09

Arkib Blog

Thursday, November 26, 2009

Anwar: Perjuangkan rakyat Malaysia, bukan kaum tertentu


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin masyarakat India supaya sebulat suara memperjuangkan hak yang dituntut atas nama Malaysia, bukan kepada kaum tertentu sahaja.

Anwar berkata, ‘perjuangan rakyat Malaysia’ perlu menjadi tunggak dalam kepimpinan dan pentadbiran dalam sesebuah masyarakat.

Anwar yakin, segala masalah yang dihadapi masyarakat India dapat diatasi sekiranya mereka bekerjasama memperjuangkan hak secara samarata, bukan menggunakan pendekatan kaum.

“Saudara, politik Malaysia, keadaan politik di negara kita sudah berubah. Masalah orang India, Hindu dan Tamil perlu dilihat dan diperjuangkan sebagai masalah Malaysia. Baru boleh selamat,” kata beliau.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ulangtahun ke-2 Hindraf Peringkat Kebangsaan bertemakan “Raising of Malaysian Indian Voices” di Klang, semalam.

Bagaimanapun, Anwar menasihati pemimpin Hindraf agar tidak mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kaum mereka sendiri.

Mana-mana orang yang mengaku dia pemimpin Hindraf, siapa kata dia pemimpin Makhal Shakti, siapa dia pemimpin India? Saya orang Melayu, biar saya beritahu, sebagai rakyat Malaysia, jangan khianat kepercayaan masyarakat India dan Hindu di negara ini,” katanya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyeru masyarakat India menyokong perjuangan Pakatan Rakyat untuk menentang Umno yang mengamalkan politik perkauman.

Kata beliau lagi, “Lawan untuk gaduh? Tidak, lawan untuk menangkan rakyat. Lawan tolak rasuah .Lawan tolak orang sombong. Lawan tolak orang bagi kita mati dan pukul kita. Lawan untuk selamatkan negara kita.”

“Negara ini bukan negara miskin tetapi kaya. Kita ada upaya untuk bantu semua,” tambah beliau.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat yang telah berjaya mentadbir lima negeri tidak pernah lupa memperjuangkan nasib kaum India kerana pakatan berkenaan mengutamakan ketuanan rakyat bukannya ketuanan kaum tertentu.

Ada orang kata Anwar, Keadilan Pakatan Rakyat bila sudah menang lupa dengan kita, saya mahu beritahu kamu tahu bagaimana saya berkempen dan bahan politik saya. Masuk penjara keluar penjara saya tidak kira, tetapi saya bagi tahu kami di sini untuk Melayu, Cina dan India di Malaysia”.

Sumber: Selangorkini

Continue reading...

Denggi: 3 maut, jumlah kes membimbangkan


Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang penghapusan tempat pembiakan nyamuk turut menjadi penyumbang utama meningkatkan kes demam denggi yang meragut tiga nyawa dalam tempoh seminggu dari 15 hingga 21 November lalu.

Sejumlah 819 kes demam denggi sepanjang tempoh tersebut dengan dua kematian di Melaka dan seorang di Pulau Pinang, dengan tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes denggi iaitu Pulau Pinang (29 peratus), Sarawak (28 peratus), Johor (21 peratus), Negeri Sembilan (19 peratus), Wilayah Persekutuan (12 peratus), Perak (11 peratus) dan Selangor (tujuh peratus).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada 106 aktiviti gotong-royong yang disarankan sepanjang minggu di kawasan wabak, hanya 21 peratus sahaja berjaya dilaksanakan.

Sehingga 21 November, terdapat 13 lokaliti "kawasan panas" dilaporkan berbanding 12 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan tambahan lima lokaliti baru, manakala empat lokaliti dikenal pasti sebagai bebas daripada "kawasan panas" denggi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Ismail berkata, dalam tempoh tersebut juga, terdapat 13 lokaliti "kawasan panas" dilaporkan berbanding 12 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan tambahan lima lokaliti baru, manakala empat lokaliti dikenal pasti sebagai bebas daripada "kawasan panas" denggi.

Mengenai 819 kes demam denggi terbaru itu, beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 99 kes atau 17 peratus berbanding 20 kes minggu sebelumnya.

Demam denggi berdarah

Dr Mohd Ismail berkata, kes kematian pertama melibatkan seorang buruh berusia 32 tahun dari Kampung Orang Asli Lubuk Bandung, Jasin, Melaka yang mula mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Jasin pada 6 November kerana disyaki mengalami demam denggi berdarah.

"Pesakit tersebut telah dirujuk ke Hospital Melaka pada hari yang sama tetapi dilaporkan meninggal dunia di hospital itu sehari selepas dimasukkan akibat demam denggi berdarah," katanya.

Kes kedua pula membabitkan seorang penjawat awam berusia 49 tahun, penghidap darah tinggi dari Kampung Lubuk Redan, Masjid Tanah, Melaka.

Beliau dilaporkan mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan pada 9 November selepas merasa tidak sihat dua hari sebelum itu.

Dr Mohd Ismail berkata pesakit tersebut telah diminta datang semula keesokan harinya untuk penilaian dan hasilnya beliau didapati menunjukkan tanda-tanda demam denggi berdarah yang kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka pada hari yang sama.

"Pesakit meninggal dunia pada 12 November kerana mengalami komplikasi Sindrom Kejutan Denggi," katanya.

Sementara itu, kes kematian di Pulau Pinang pula membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 10 tahun dari Halaman Gelugor.

Faktor cuaca

Pelajar tersebut dilaporkan mengalami demam dan muntah-muntah pada 11 November tetapi hanya mendapatkan rawatan dalam keadaan tenat di sebuah hospital swasta tiga hari kemudiannya.

Dr Mohd Ismail berkata pesakit itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 15 Nov. Bagaimanapun, keadaannya tidak berubah dan meninggal dunia pada 20 Nov akibat komplikasi Sindrom Kejutan Denggi.

Dr Mohd Ismail berkata kementerian memandang serius peningkatan kes tersebut dan meminta orang ramai memastikan persekitaran rumah dan tempat kerja bersih daripada segala faktor yang memungkinkan kewujudan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang membawa virus demam denggi.

"Kementerian tidak menolak faktor cuaca iaitu musim hujan sebagai penyumbang kepada peningkatan tersebut tetapi faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah memastikan kawasan persekitaran bebas daripada tempat-tempat pembiakan Aedes," katanya.

Beliau berkata siasatan Jabatan Kesihatan juga mendapati ketiga-tiga kawasan yang mencatatkan kematian tersebut, indeks pembiakan Aedes adalah tinggi iaitu antara lima dan 30 peratus.

Mengenai penyakit Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 275 kes dilaporkan pada minggu ini iaitu menurun dua kes berbanding minggu sebelumnya dengan Sarawak menyumbang sebanyak 99 peratus daripada bilangan kes tersebut.

Jumlah terkumpul kes Chikungunya tahun ini ialah 4,742 kes iaitu meningkat 11 peratus berbanding 4,271 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, tiada kematian berkaitan penyakit Chikungunya dilaporkan sehingga kini, katanya.

Sumber: Bernama
Continue reading...

Peguam: 'Anwar tidak terbabit dengan dakwaan Bala'


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terbabit langsung dengan perkembangan terbaru berhubung dakwaan P Balasubramaniam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata peguam penyiasat persendirian itu.

Tahun lalu, Balasumbramaniam telah membuat akuan bersumpah mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Tetapi 24 jam kemudiannya, penyiasat persendirian itu telah menarik balik akuan bersumpah tersebut dan kemudiannya lari bersembunyi di India selama lebih setahun.

Ogos lalu, dia muncul semula di Malaysia untuk mempertahankan akuan bersumpah pertamanya, dengan berkata doa diugut oleh pihak-pihak tertentu supaya mengubah ceritanya.

Peguam Balasumbramaniam Americk Singh Sidhu, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, menafikan Anwar ada kaitan di sebalik perkembangan terbaru itu.

"Ramai yang fikir Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik semua ini. Ia tidak benar sama sekali. Anwar tidak tahu menahu mengenai semua episod tersebut kecuali apa yang mungkin beliau baca dalam blog dan di Malaysiakini," kata Americk dalam wawancara tersebut.

"Anwar tidak ada sebarang kaitan dengan pengeluaran akuan bersumpah pertama kecuali menyampaikan ucapan sebelum sidang akhbar di ibupejabat PKR Julai lalu. Saya tidak pernah berkomunikasi langsung dengan Anwar ataupun beliau atau mana-mana anggota PKR cuba menghubungi saya," tambahnya.

Sumber: Harakah Daily
Continue reading...

Kaukus royalti: BN tidak sepatutnya menekan Tengku Razaleigh


KUALA LUMPUR, 26 Nov: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin Tengku Razaleigh Hamzah akan mengutamakan prinsip berpegang kepada kebenaran untuk mengetuai kaukus ahli-ahli parlimen berkaitan royalti petroleum.

"Kaukus itu bersifat non-partisan di mana ia menghimpun Ahli-Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau negeri. Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak juga dijemput.

"Dengan semangat dan sifat sedemikian, saya yakin Tengku Razaleigh akan mengetuainya kerana perjuangan kaukus itu ialah untuk memastikan kehendak Perlembagaan dan undang-undang terutama Akta Petroleum dilaksanakan," katanya.

Salahuddin menyifatkan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus itu sebagai tindakan yang membelakangi tamadun dan kehendak undang-undang.

"Saya berharap Muhyiddin tidak membawa pemikiran zaman batu yang primitif sehingga tidak boleh berkerjasama untuk kepentingan rakyat dan demi melaksanakan kehendak undang-undang.

"Kita pun tahu bahawa Tengku Razaleigh adalah Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN), tetapi jika PAS dan Umno boleh bersama-sama memperjuangkan hak rakyat Palestin di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dahulu, mengapa pula tidak boleh berkerjasama demi kepentingan rakyat Kelantan dan rakyat negeri-negeri lain yang berhak di sini undang-undang untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak sedangkan mereka adalah rakyat negara ini," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Menurut beliau, Tengku Razaleigh juga dijemput mengetuai kaukus itu atas sifatnya sebagai negarawan dan orang yang terlibat sejak dari awal lagi dalam isu royalti.

"Adalah tidak matang bagi BN mengenakan tekanan kepada Tengku Razaleigh dan menghalang kerjasama anggota badan legislatif negara tanpa mengira parti untuk memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.

Minggu lalu, Tengku Razaleigh mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak.

Bekas Menteri Kewangan itu terlibat mendrafkan Akta Petroleum yang memberi jaminan bayaran tunai royalti minyak sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Pengerusi Petronas yang pertama itu juga menegaskan bahawa Kelantan berhak di sisi perlembagaan untuk menerima royalti minyak itu.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tengku Razaleigh bersetuju untuk menimbangkan pelawaan untuk mengetuai kaukus ahli-ahli parlimen berkaitan royalti petroleum itu.

Hari ini, Muhyiddin membayangkan rasa tidak senangnya dengan tindakan Tengku Razaleigh itu.

Beliau berkata, pada dasarnya BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak
mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad.

"Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya.

Sumber: Harakah Daily
Continue reading...

Pemimpin parti politik wang tiada upaya selesai krisis MCA - Nik Aziz


KOTA BHARU, 26 Nov: Terlebih sudu dari kuah, mungkin ia dapat menggambarkan peringatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin parah sekarang.

Sedangkan Umno sendiri banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan, malah lebih teruk berbanding MCA.

Ini dibuktikan dengan rekod pertembungan sesama pemimpin Umno sehingga membawa kepada pengharaman Umno pada 1987. Ketika itu berlaku perebutan jawatan presiden Umno antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Kemudian berlaku lagi pertembungan di antara Dr Mahathir dengan ramai pemimpin Umno lain termasuk Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertelingkahan dalaman Umno sehingga membawa kepada pengharaman parti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik di Malaysia.

"Saya hairan tiba-tiba seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang mampu menyelesaikan krisis MCA seperti yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri.
"Bagi saya politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik.

"Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya di sini.

Baru-baru ini Muhyiddin mahu diberi tempoh seminggu bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin tenat sekarang.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi amanah bagi menyelesaikan kemelut MCA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sibuk ke luar negara.

Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin politik Melayu Umno hanya masyhur mempertahankan politik wang.

"Rekod pemimpin Umno cemerlang dalam sektor mengutip komisen. Sesetengahnya ada kelulusan sehingga peringkat PhD apabila mendapat kontrak memberi ali baba kepada pihak lain pula," tambahnya.

Beliau juga berkata, sekiranya benar orang Cina mendengar nasihat pemimpin Umno, sudah tentu mereka telah memberi undi besar kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini Muhyiddin gagal menyelesaikan krisis Umno Terengganu yang kini terbelah kepada dua kumpulan iaitu Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Sumber: Harakah Daily

Continue reading...

AMK Selangor Sokong Pendirian Kerajaan Selangor Berkenaan Boikot Program Biro Tata Negara


Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

26hb November 2009

AMK Selangor Sokong Pendirian Kerajaan Selangor Berkenaan Boikot Program Biro Tata Negara

Angkatan Muda Keadilan Selangor menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Selangor berhubung larangan penjawat awam dan penuntut universiti di Selangor daripada menyertai program anjuran Biro Tata Negara. Keputusan ini amat tepat dan bijak memandangkan program Biro Tata Negara kini dilaporkan semakin jauh terpesong daripada matlamat untuk memperkasakan jatidiri dan pembinaan insan yang unggul.

AMK Selangor merasakan bahawa program-program Biro Tata Negara sudah menjadi agen pemecah perpaduan negara dan perosak minda rakyat yang cintakan kepada perpaduan unggul dan prinsip murni keadilan sejagat. Apa yang dilaporkan berlaku ialah program Biro Tata Negara tidak ubah seperti program ‘brainwashing’ minda peserta agar membenci sesama warganegara sendiri dan memecahkan perpaduan rakyat.

Minggu lalu, tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Selangor menghalang kerahan anak-anak murid ke program tarbiyah BTN. Antara institusi pengajian tinggi milikan kerajaan negeri ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Industri Selangor (Unisel), Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan Kolej Antarabangsa INPENS.

AMK Selangor menegaskan program Biro Tata Negara yang kini mulai terang-terangan menjadi alat propaganda murahan UMNO/BN agar segera diboikot oleh semua negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. AMK Selangor mahu program Biro Tata Negara yang dicemari dengan propaganda UMNO/BN yang bersifat pemikiran sempit ,jumud dan cuba mewujudkan rasa curiga antara kaum dirombak semula atau dimansuhkan serta merta.

AMK Selangor mencadangkan sudah tiba masanya program-program Biro Tata Negara dirombak bagi mewujudkan program pembinaan insan yang cemerlang dan berintegriti tinggi. Negara kita sebenarnya semakin ketinggalan dari masa ke semasa dalam semua aspek daya saing ekonomi, sosial , integriti , kepimpinan global dan memiliki insan berkeupayaan tinggi serta unggul di peringkat seranatau dan global.

Adalah dicadangkan Biro Tata Negara memfokuskan kepada modul-modul yang bertujuan memperkasakan pembangunan insan yang unggul dan cemerlang dalam semua bidang. Keberkesanan program-program yang dijalankan perlu dipertingkatkan untuk memastikan negara memiliki kalangan insan dan warganegara yang berkeupayaan tinggi dan bukan dimomokkan serta disogok dengan kepentingan dakyah politik sempit, meracun minda rakyat dan berunsur perkauman serta menghina pihak-pihak lain.

Perkara-perkara negatif di atas tidak sewajarnya wujud dalam program-program pemerkasaan jatidiri yang unggul. Pihak Biro Tata Negara didesak menyiasat individu-individu terbabit dan memberi penjelasan kepada umum berkenaan dakwaan ini pada kadar segera. AMK Selangor juga berharap pihak-pihak yang pernah terlibat dalam program ini tampil ke hadapan untuk membuat pendedahan dan pengumpulan maklumat.

AMK Selangor juga mencadangkan Biro Tata Negara segera merombak kembali keseluruhan modul-modul berkaitan bagi memastikan pembinaan karektor insan yang unggul dan holistik tercapai. Kejatuhan indeks rasuah negara yang semakin merudum perlu diambil perhatian agar ada modul yang dikhususkan untuk membanteras rasuah,salah guna kuasa dan mempertingkatkan kecekapan dalam melaksanakan amanah bagi penjawat awam dan program kesedaran anti rasuah kepada para pelajar.

Dicadangkan juga, Biro Tata Negara menjalankan modul-modul bagaimana untuk meningkatkan kualiti kecemerlangan diri dan minda yang berupaya tinggi sehingga ke peringkat global. Dengan melalui modul-modul yang terbaik sedemikian adalah diharapkan peserta yang mengikuti program ini mampu mengembalikan daya saing negara dalam semua aspek.

Akhirnya, AMK Selangor menegaskan pendirian menyokong kuat tindakan kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan penghantaran ke program Biro Tata Negara yang kini semakin dilihat terkeluar daripada landasan untuk membina negara yang hebat dan perpaduan kaum yang unggul. Kita amat berharap pihak-pihak terbabit segera mengambil perhatian serius dan tanggungjawab berkenaan perkara ini.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor
Continue reading...

AMK Selangor Pertahan Pendirian Tegas Kerajaan Negeri Selangor Berkenaan Pendedahan Laporan Kejadian Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa



Kenyataan Media

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR
PARTI KEADILAN RAKYAT

26hb November 2009

AMK Selangor Pertahan Pendirian Tegas Kerajaan Negeri Selangor Berkenaan Pendedahan Laporan Kejadian Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa

Angkatan Muda Keadilan Selangor mempertahankan pendirian tegas dan berani Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. AMK Selangor yakin bahawa pendedahan berani ini sebenarnya amat ditunggu rakyat khususnya penduduk kawasan tersebut yang ingin mengetahui punca kejadian dan hasil siasatan tanah runtuh tersebut yang berlaku pada 6hb Disember 2008.

AMK Selangor membidas kerajaan pusat yang cuba berdolak-dalih dan seolah-olah melindungi sesuatu daripada terus mendedahkan laporan tersebut yang dikategorikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. AMK Selangor mempersoalkan apakah rahsia yang cuba disembunyikan kerajaan pusat daripada pengetahuan rakyat ?. Apakah rakyat tidak mempunyai hak untuk mengetahui punca dan kejadian tersebut ?.

AMK Selangor juga mempersoalkan Kementerian Kerja Raya yang bersifat tidak telus dan gentar untuk mendedahkan laporan tersebut dan cuba berselindung di bawah Akta Rahsia Rasmi. Malahan kenyataan menteri kementerian tersebut juga mengundang pelbagai persepsi negatif yang kini cuba mendakwa seoolah-olah Dato’ Menteri Besar Selangor telah melakukan kesalahan di bawah Akta Rasmi Rasmi.

Dato’ Menteri Besar Selangor menggunakan kuasa Menteri Besar pada Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, mengambil keputusan untuk mengubah semula status laporan tersebut yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya.

Persoalan kini ialah mengapa laporan tersebut tidak didedahkan umum sedangkan rakyat dan penduduk di Bukit Antarabangsa sudah lama menunggu hasil laporan kejadian tanah runtuh. Kerajaan pusat sewajarnya menunjukkan contoh sebuah kerajaan telus dan terbuka dan menggunakan Akta Rahsia Rasmi hanya kepada perkara-perkara yang melibatkan soal keselamatan negara sahaja. Dalam soal ini soal keselamatan negara langsung tidak wujud malahan keselamatan rakyat sepatutnya diutamakan dahulu.

Sehubungan dengan itu, AMK Selangor menyatakan pendirian tegas mempertahankan pendirian kerajaan negeri Selangor dan mencabar Menteri Kementerian Kerja Raya berani mendedahkan laporan tersebut dengan segera. Jangan sekali-sekali menggunakan alasan Akta Rahsia Rasmi untuk melindungi sesuatu daripada pengetahuan rakyat.

Rakyat kini amat menunggu keberanian kerajaan pusat mengklasifikasikan semula dokumen serta laporan tersebut dan amat perlu ianya ditukar status untuk pendedahan kepada rakyat. Kini jelas kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat lebih mendepani isu-isu kepentingan rakyat berbanding kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional yang terus kaku dan lesu memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dalam hal ini.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin

Ketua AMK Selangor
Continue reading...

Wednesday, November 25, 2009

NST Didapati Bersalah, Diarah Bayar RM100 Ribu


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan New Strait Times membayar RM100 ribu kepada Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah memfitnah mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

NST juga diarah membayar RM20ribu untuk kos mahkamah.

NST diheret ke mahkamah atas tuduhan fitnah selepas rencana akhbar itu mendakwa Anwar menyorokkan RM3 bilion di akaun-akaun bank di luar negara.

Defendan bagaimanapun gagal membuktikan kebenaran disebalik rencana terbabit.

Sumber: TVSealangor
Continue reading...

Worldwide Holdings Sumbang Lembu Korban Kepada Masjid, Surau


SHAH ALAM 25 NOV: Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha Jumaat ini, Worldwide Holdings Berhad hari ini menyumbang 15 ekor lembu korban untuk diagihkan kepada masjid dan surau dibeberapa kawasan tapak projeknya di Selangor.

Majlis penyerahan lembu korban di bawah program tanggungjawab sosial korporat ini berlangsung di Subang Bestari U5, Shah Alam, semalam.

Acara simbolik penyerahan lembu korban disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hassan kepada wakil-wakil jawatankuasa surau,masjid, jabatan bomba,polis dan juga angkatan tentera Malaysia.

Hadir sama pada majlis itu,Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Mohd Arif Bin Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norazlina Zakaria.

Dr Hassan dalam sidang medianya berkata Worldwide Holdings sebagai syarikat korporat tidak hanya meletakkan fokus kepada pencapaian kewangan semata-mata tetapi juga memberikan fokus yang seimbang kepada program kebajikan dan sosial.

“Kita dalam Worldwide ini kita punyai perhatian yang besar kepada CSR(Corporate Sosial Responsibilities),bukan hanya disebut dimulut sahaja tetapi dalam worlwide kita tengok ini sudah menjadi acara tahunan,bukan sahaja ini maknanya tiap-tiap program-program,projek yang dilaksanakan komponen CSR itu tidak pernah ditinggalkan,” katanya.

Pada majlis sama, Worldwide turut menyerahkan replika Kunci Surau kepada Jabatan Agama Islam, Replika Kunci Dewan Serbaguna,Tadika dan Medan Selera kepada Majlis Bandaraya Shah Alam serta replika kunci Rumah Kos Rendah Seri Purnama kepada Majlis Agama Islam Selangor.

Sumber: Selangorkini

Continue reading...

Selangor Berentap Lagi dengan Puncak Niaga


Selangor tidak akan bertanggungjawab terhadap kenyataan syarikat pengurusan air Puncak Niaga yang mengumumkan keuntungan berlipat kali ganda, antaranya hasil bayaran ganti rugi kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berkata Selangor tidak akan membuat pembayaran ganti rugi itu kepada Syarikat Bekalasan Air Selangor (Syabas), anak syarikat Puncak Niaga, apabila enggan menerima tarif baru bekalan air.

Beliau mengulas keuntungan bersih Puncak Niaga yang diumumkan semalam sebanyak RM46.7 juta daripada dua sumber hasil utama, peningkatan pendapatan akibat kenaikan harga air dan ganti rugi daripada kerajaan Selangor.

"Kerajaan negeru berpendapat kenyataan Puncak Niaga semalam adalah satu overstatement of profit (anggaran berlebihan berhubung keuntungannya) dan syarikat itu perlulah bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya dalam isu ini," kata Abdul Khalid di sidang media selepas mesyuarat exco negeri di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri juga tidak akab bertanggungjawab ke atas laporan yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga mengenai peningkatan keuntungan tersebut."

Sumber: Malaysiakini
Continue reading...
 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009