AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 6, 2009

'Bank Idea Rakyat' satu gimik Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin memperkenalkan konsep 'bank idea rakyat' dianggap hanya satu gimik politik untuk mengaburi rakyat kononnya setiap cadangan rakyat akan dipertimbangkan sewajarnya.

Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid berpandangan masalah yang timbul ialah bukan mewujudkan 'bank idea' kerana telah sekian lama kerajaan tidak mengendahkan pandangan rakyat yang disalurkan melalui peruntukan yang telah ada dalam undang-undang.

"Dalam draf struktur pembangunan mesti mendapat pandangan awam tentang sesuatu projek serta, ia telah ada dalam undang-undang. Begitu juga dengan undang-undang impak kajian alam sekitar (EIA) mempunyai proses-proses mendapatkan pandangan awam. Namun apa yang dapat dilihat andangan rakyat selalunya tidak diambil kisah sebaliknya kerajaan memberi layanan kepada pelobi daripada golongan korporat yang mempunyai kepentingan kepada mereka.

"Jadi, apakah idea atau pandangan rakyat itu akan digunakan dengan jujur, bersungguh-sungguh atau tidak. Jika sekdar mengumpulkan idea rakyat tetapi akhirnya tidak bersungguh untuk di pertimbangkan, maka ia hanya akan hanya menjadi satu 'gimik' untuk mengatakan kerajaan mendengar pandangan rakyat," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Mohd Azmi turut memberi beberapa contoh cadangan dan idea rakyat seperti Suruhanjaya Diraja untuk menambah baikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis , yang akhirnya diketepikan begitu sahaja.

Tambahnya lagi, isu PPSMI juga menunjukkan pelbagai maklum balas pelaksanaan PPSMI yang dilontarkan dalam pelbagai medium oleh pelbagai peringkat termasuk rakyat akar umbi tetap tidak diendahkan pihak kerajaan.

Beliau turut melahirkan kekesalan kerana teguran rakyat mengenai pembaziran dalam negara juga tidak diendahkan oleh pimpinan negara dan berlalu 'dibawa angin begitu sahaja.

"Akhirnya ia menjadi seperti 'kosmetik' sahaja untuk mendengar, tetapi akhirnya yang hendak membuat keputusan tetap dengan keputusannya,"tegasnya.

Muhyiddin dalam satu kenyataannya mengenai 'bank idea rakyat' adalah sejajar dengan gagasan 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang diterapkan di seluruh negara. - mks. _

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009