AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 6, 2009

Teresa Lancar Kempen Bebas Manoharan

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebulat suara menyokong penuh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk terus mengekalkan jawatan tersebut walaupun menerima tekanan hebat tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika ini.

Demikian kenyataan Teresa Kok ketika ditemui pada sidang media sempena pelancaran Kempen Pembebasan Manoharan daripada tahanan ISA di sini yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan isteri Manoharan, S. Pushpaneela.

Beliau menyifatkan spekulasi peletakan jawatan Manoharan sebagai Adun Kota Alam Shah dengan alasan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana berada di bawah penahanan ISA menggambarkan kezaliman penahanan ISA.

“Penahanan beliau di bawah ISA hanya kerana menjadi peguam bela kepada pemimpin Hindraf yang didakwa di mahkamah,” katanya.

Katanya, Manoharan pernah memfailkan kes-kes habeas corpus ke mahkamah untuk membebaskan dirinya daripada ISA namun usaha dan hak beliau dinafikan.

“Kami difahamkan Lembaga Penasihat Penahanan ISA dijangka bermesyuarat pada 18 dan 19 Mei ini untuk mengkaji semula penahanan Manoharan”, tambahnya lagi ketika melancarkan kempen membebaskan Manoharan dan tahanan ISA yang lain di seluruh Selangor, khasnya di sekitar Kota Alam Shah yang dijangka tamat pada 17 Mei.

Teresa berkata dalam kempen ini beliau dijangka melancarkan kempen antaranya mengumpul tandatangan, ceramah dan lawatan penerangan kepada orang ramai. Kesemua tandatangan petisyen yang dikumpulkan dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri serta Lembaga Kaji Semula Penahanan ISA melalui peguam bela Manoharan, Karpal Singh.

Beliau menggesa kepada rakyat yang menyokong kempen ini agar mengemukakan bantahan dan petisyen menerusi laman sesawang www.petitiononline.com/freemano ataupun melalui emel freemanoharan@gmail.com. - M.SAHRULNIZAM M.ZAIN

Sumber: www.selangorkini.com.my

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009