AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Followers




Waktu Solat


Arkib Blog

Thursday, September 20, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Kota Raja

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kota Raja akan diadakan seperti berikut:

Tempat: Dewan MPK Taman Sentosa, Klang.

Masa:

AMK: 13 Oktober 2012 (Sabtu), 8 malam.

Wanita: 14 Oktober 2012 (Ahad), 10 pagi

Cabang: 14 Oktober 2012 (Ahad), 2 petang.










Continue reading...

Thursday, August 23, 2012

AMK Selangor Selar Malaysia Chinese Association, Cabar UMNO Bersuara

Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor.

AMK Selangor begitu kesal kerana Datuk Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Saya berpendapat rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.

Justeru kenyataan Datuk Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil. Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri.

Desak UMNO Nyatakan Pendirian, Singkir MCA Dari Barisan Nasional

Maka sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen Barisan Nasional juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka.

AMK Selangor menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap flip flop dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘ abang besar’ dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Rasmi Agama Islam di negeri ini.

Justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.

AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu privileges bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
Continue reading...

Friday, August 17, 2012

PERUTUSAN AIDILFITRI 2012 ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambut hari kemenangan ini.

AMK Selangor meyakini bahawa semangat Syawal ini boleh diterjemahkan dengan lebih mendalam oleh seluruh umat Islam dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi dalam menghadapi hari yang begitu mencabar dan memeritkan.

Kesan ekonomi dan perubahan sosial secara perlahan-lahan menjerat leher rakyat terutamanya anak-anak muda yang tidak mempunyai pendapatan yang setara dan tidak seimbang. Di saat sebahagian rakyat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, tidak dapat dinafikan masih ada segelintir yang masih mencari-cari arah kehidupan atas kesan langsung ekonomi yang perlahan.

Ini mengakibatkan masih wujud individu mahupun keluarga yang tidak dapat merayakan perayaan ini dengan sempurna dan ini berlarutan ke dalam kehidupan seharian yang lebih memeritkan.

Disaat kita yang bertuah dapat merayakan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran ini, AMK Selangor menyeru agar rakyat tidak melupakan golongan fakir miskin, tidak berkeupayaan serta anak-anak yatim yang masih terdapat disekeliling kita. Berbesar hatilah untuk terus bersama-sama berkongsi makna Aidilfitri ini sebagai lanjutan kemurahan hati sepanjang Ramadhan.

AMK Selangor melihat segala bentuk program yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat menerima respon positif dan dialu-alukan oleh rakyat. AMK Selangor menyeru semua ejen perubahan diluar sana untuk pulang ke kampung halaman, serta berkongsi semangat perubahan yang sedang membara di seluruh negara.

Semoga Aidilfitri disambut dengan meriah tanpa mengabaikan keselamatan terutama ketika pulang berhari raya. Sikap sabar dan beretika ketika memandu adalah dituntut kerana disamping menjaga keselamatan diri sendiri, kita juga tidak membahayakan pengguna jalanraya lain. Tinggalkan kebiasaan buruk yang sering kita lakukan, agar Syawal menjadi lebih bermakna.

Saya mewakili seluruf saf kepimpinan AMK Selangor mengucapkan Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin kepada seluruh rakyat Selangor khasnya serta seluruh umat Islam yang meraikannya. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu erti dan pengertian kepada kita.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Merangkap
Naib Ketua AMK Malaysia
Continue reading...

Monday, July 23, 2012

PKR Mahu MB Ambil Alih Syabas Bagi Elak Sabotaj

SHAH ALAM 23 JULAI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa kerajaan negeri mengambil alih pengurusan dengan membeli saham-saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan ‘krisis air’ yang dipercayai telah dicipta oleh pihak tertentu.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie berkata hal itu kerana syarikat itu dilihat cuba mensabotaj kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mewujudkan krisis air bagi menakut-nakutkan rakyat negeri ini.
“Kita minta kerajaan negeri suntik wang dan beli Syabas. Tindakan segera perlu diambil kerana Syabas cuba mensabotaj dan memburuk – burukkan kerajaan negeri,” katanya selepas menyertai demostrasi Bantahan Kegagalan Syabas, di Wisma Rozali, di sini.
Lebih 100 orang penyokong Kerajaan Negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini bagi mendesak Syabas agar membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih (Step In) pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Demonstrasi Bantahan Kegagalan Syabas itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di hadapan pintu masuk bahagian belakang wisma itu kira-kira 12.00 tengah hari dan kemudian berarak ke perkarangan bahagian hadapan wisma terbabit.
Satu memorandum yang mengandungi tujuh perkara juga disampaikan kepada Pengarah Eksekutif dan Pentadbiran Sumber Manusia, Ismail Hashim untuk diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas kerana gagal memberikan penjelasan berhubung catuan air yang diumumkan syarikat itu baru-baru ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mendakwa Syabas tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi dan kerajaan negeri mahu mengambil alih pengurusan syarikat berkenaan dalam tempoh 14 hari.
Khalid berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.
Bagaimanapun, Kerajaan Pusat hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengambil alih pengurusan Syabas dan mengarahkan Peguam Negara mengkaji undang-undang agar projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Air Negeri Selangor, di sini.

Continue reading...

Demo Tuntut Syabas Serah Konsesi Air Kepada Kerajaan Negeri

SHAH ALAM 23 JULAI : Lebih 100 orang penyokong Kerajaan Negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di Wisma Rozali, di sini hari ini bagi mendesak Syabas agar membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih (step In) pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Desakan itu dibuat berikutan membantah cadangan Syabas untuk program catuan air dan kegagalan Syabas memenuhi tanggungjawab dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
Demonstrasi Bantahan Kegagalan Syabas itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di hadapan pintu masuk bahagian belakang wisma itu kira-kira 12.00 tengah hari dan kemudian berarak ke perkarangan bahagian hadapan wisma terbabit.
Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan “Kembalikan air kepada rakyat”, “Hentikan catuan air”, “Pecat Tan Sri Rozali Ismail” , “Air bukan politik jangan politikkan air”, “Kerajaan Negeri segera ambil alih Syabas” dan “Syabas peras ugut rakyat Selangor”.

Satu memorandum yang mengandungi tujuh perkara juga disampaikan kepada Pengarah Eksekutif dan Pentadbiran Sumber Manusia, Ismail Hashim untuk diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya melihat beberapa tindakan Syabas yang tidak profesional malah tidak mengutamakan keperluan pengguna dengan mensabotaj Kerajaan Negeri menjelang PRU13.
“Tindakan sabotaj ini sengaja ditimbulkan bagi mengundang kemarahan rakyat, antaranya cadangan catuan air dengan alasan kononnya bekalan air terawat tidak mencukupi dan menyalahkan Kerajaan Negeri atas keengganan meluluskan Projek Langat 2,” katanya.
Azmizam menambah, ekoran keadaan itu, Kerajaan Negeri kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan Syabas yang tidak memuaskan.
“Manakala, 162 buah projek pembangunan di negeri tidak diluluskan oleh Syabas dan itu membuktikan Syabas tidak layak mengurus air di negeri ini.
“Kita tidak mahu Syabas terus menganayai rakyat dan menjadi orang suruhan Umno-BN dengan mengugut rakyat. Hentikan politik ugutan,” katanya.
Memorandum yang mengandungai tujuh perkara itu antaranya ialah perkhidmatan Syabas yang tidak memuaskan, kedudukan kewangan Syabas yang membimbangkan, bantahan cadangan catuan air dan desakan menyerahkan operasi air terawat kepada Kerajaan Negeri.
Selain itu, berhenti mensabotaj Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri lebih cekap mengendalikan operasi air terawat dan menolak Projek Langat 2.
Hadir sama, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei ; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri, Ronnie Liu.
Turut disertai oleh lima gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor.
Continue reading...

Tuesday, May 15, 2012

25 tahun rakyat Selangor dibeban kutipan Tol- Azmizam

SHAH ALAM 13 Mei: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, lebih 25 tahun rakyat Selangor dan Lembah Klang dibebankan dengan bayaran di kedua plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Beliau berkata, meskipun Selangor  terkaya di Malaysia, namun plaza tol yang banyak di negeri itu, membebankan pengguna jalan raya, khasnya golongan muda.

Jelas Azmizam, kos perjalanan pergi balik Shah Alam-Kuala Lumpur bagi kedua-dua tol itu berjumlah RM 4.20, yang membebankan kira-kira 120,000 pengguna  kenderaan setiap hari.

“Sedangkan kos pembinaannya berjumlah RM357 juta. Telah 25 tahun syarikat konsesi membuat kutipan. Saya rasa sudah cukup lama. Kedua tol ini mesti dimansuhkan,” tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendengar bantahan mereka dan menutup dua plaza tol berkenaan.

“Kalau betul Najib kata nak dahulukan rakyat, sila mansuhkan kedua tol ini.

“Kami cabar Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Mana-mana parti yang tidak sokong tuntutan untuk memansuhkan tol, akan ditolak dalam pilihan raya umum ke-13,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan melancarkan kempen mansuh Tol PJS di Lebuhraya Pantai Baru dalam masa terdekat.

“Ini adalah permulaan kempen bagi memansuhkan semua tol di semua lebuh raya di negara ini,” tegasnya.
Continue reading...

Tuesday, May 8, 2012

Demonstrasi Di Plaza Tol Batu Tiga dan Sg Rasau Pada Mei 13

Pemuda PKR (AMK) Negeri Selangor terkesan dengan keluhan dan permasalahan rakyat khususnya warga negeri Selangor yang saban hari dibebankan dengan kutipan tol setiap kali melalui Lebuhraya Persekutuan, iaitu laluan yang menghubungkan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur dan melibatkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau.

Lebuhraya Persekutuan yang dibuka pada tahun 1974 mulai membuka laluan bertol sepanjang 18 kilometer yang mula beroperasi pada 1992.

Kutipan tol pula mula berkuatkuasa pada 15 November 1993 iaitu melibatkan dua plaza tol; Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau dengan kutipan tol permulaan bagi kenderaan Kelas 1 seperti kereta di Plaza Tol Batu Tiga sebanyak 60 sen dan 50 sen di Plaza Tol Sungai Rasau, manakala bagi lori/treler ialah RM1.20 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM1.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini telah mencecah hampir dua kali ganda dari kadar kutipan asal iaitu sebanyak RM1.10 bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM1.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Kutipan tol bagi lori/treler pula di Plaza Tol Batu Tiga adalah RM2.20 manakala RM2.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Merujuk kepada Penyata Rasmi Parlimen bagi Dewan Rakyat ketika Parlimen kelapan, penggal ketiga, Jilid III, bilangan 43 bertarikh 10 November 1993 di bawah usul yang dibawa oleh ahli Parlimen Klang YB Fong Kui Lun (kini ahli Parlimen Bukit Bintang) bertajuk Kutipan Tol Di Lebuhraya Persekutuan 2 Di Antara Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau, dinyatakan bahawa kebenaran mengutip tol yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada pihak PLUS adalah sehingga tahun 2018.

Jika merujuk kepada penyata rasmi Parlimen yang sama, ternyata, operasi kedua-dua plaza tol ini adalah bertujuan untuk memindahkan beban pembayaran kos pembinaan pembesaran Lebuhraya Persekutuan berjumlah RM357 juta kepada rakyat.

Ini seharusnya tidak terjadi memandangkan adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan menyediakan semua kemudahan termasuk lebuhraya untuk manfaat semua rakyat.

Jika dihitung secara terperinci keuntungan yang diperolehi oleh pihak PLUS menerusi operasi kedua-dua plaza tol ini, ternyata kos pembinaan pembesaran lebuhraya Persekutuan sepanjang 18 kilometer berjumlah RM357 juta ini mampu selesai ditampung balik menerusi kutipan tol dalam tempoh lebih kurang tiga (3) tahun sahaja.

Merujuk kepada penyata rasmi Parlimen yang sama, kos purata untuk pembinaan lebuhraya bagi jarak satu (1) kilometer menelan belanja sebanyak RM20 juta. Sekiranya lebih 160,000 kenderaan melalui (pergi dan balik) kedua-dua plaza tol ini setiap hari, bererti sebanyak RM352,000 telah berjaya dikutip.

Dalam tempoh sebulan, sebanyak RM10.56 juta akan berjaya dikumpul dan dalam tempoh lebih kurang tiga (3) tahun, nilai modal bagi kos pembinaan pembesaran lebuhraya sebanyak RM357 juta tersebut telah berjaya ditampung kembali.

Sehubungan dengan itu, memandangkan kini telah hampir 20 tahun kedua-dua tol tersebut beroperasi, adalah mustahil sekiranya kos pembinaan pembesaran lebuhraya yang siap pada 1992 ini masih belum berjaya dilunaskan.

Ini dikuatkan lagi dengan fakta bahawa kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut telah meningkat sebanyak dua kali ganda dari kadar kutipan asal.

Setiap hari, ratusan ribu rakyat menggunakan laluan bertol di Lebuhraya Persekutuan ini untuk pelbagai tujuan terutamanya ke tempat kerja.

Seandainya mereka menetap di Klang dan bekerja di Kuala Lumpur, maka setiap hari mereka terpaksa membelanjakan sebanyak RM4.20 bagi menampung kos bayaran tol (pergi dan balik) dari rumah ke tempat kerja.

Kos ini tidak termasuk kos minyak petrol yang turut dijual pada harga tinggi dan membebankan.

Justeru, AMK negeri Selangor merasakan telah sampai masanya untuk pihak kerajaan memansuhkan serta menutup operasi kedua-dua plaza tol ini pada kadar segera. Rakyat tidak seharusnya dibebankan lagi dengan kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini.

AMK negeri Selangor dengan ini mendesak pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya supaya memansuhkan dan menutup operasi di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau dengan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

AMK negeri Selangor dengan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan juga akan turut menggerakkan satu demonstrasi aman pada 13 Mei 2012 bagi menuntut pemansuhan dan penutupan kedua-dua tol ini.
Azmizam Zaman Huri
Naib Ketua AMK Malaysia
Ketua AMK Selangor
Ketua AMK Kota Raja
Continue reading...

Monday, May 7, 2012

Imej polis makin buruk angkara media, blog Umno

KUALA LUMPUR: Tindakan polis menjadikan Khalid Mohd Ismath sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno memburukkan lagi imej pasukan keselamatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Pasukan polis mempunyai segala kelengkapan yang canggih untuk membuat penyiasatan bagi mengenal pasti siapakah lelaki berbaju belang yang menendang polis itu.

"Amat tidak professional dan zalim jika polis menjadikan Khalid sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno yang sebelum itu memfitnahkan pelajar itu sebagai lelaki berkenaan.

"Dengan tindakan itu, polis meletakkan dirinya sama taraf dengan Utusan Malaysia dan memburukkan lagi imejnya," kata beliau.

Utusan Malaysia semalam menyiarkan di muka hadapan gambar Khalid dan gambar lelaki yang menendang polis itu untuk memberikan gambaran bahawa Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) itulah yang menendang polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Malah, di bawah gambar lelaki yang menendang polis itu, akhbar tersebut dengan jelas menulis "Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0".

Mahfuz berkata, polis tidak sepatutnya meletakkan pihaknya sama taraf dengan Utusan dan blog-blog Umno yang sebelum itu menuduh Khalid adalah lelaki berkenaan.

"Polis tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang menyebabkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadapnya dan tidak lagi meyakininya.

"Tindakan polis menahan Khalid hanya berdasarkan gambar itu bukan sahaja menyebabkan masyarakat tidak mempercayainya malah ia dibimbangi boleh mengakibatkan polis menjadi bahan cacian dan ejekan yang dimaki-maki," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mengenai tindakan polis yang mahu menangkap lagi Khalid berikutan tulisannya di dalam laman Facebook, Mahfuz berkata perkara itu berlaku kerana Khalid sangat tertekan setelah ibunya, Faridah Abdul, cedera teruk akibat tindakan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0  pada 28 April lalu.

"Perlu juga diambilkira apa yang menyebabkan Khalid menulis luahan kemarahan sedemikian.

"Jangan ketepikan hakikat bahawa ibunya sendiri cedera parah akibat tindakan polis menyerang mereka yang berhimpun," katanya.


Sumber: Harakahdaily.net
Continue reading...

5,422 pengundi tak ikut kod kelahiran

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Berdasarkan daftar pemilih bagi suku pertama 2012 yang dipamerkan, PAS mengenalpasti 5,422 pengundi yang kad pengenalannya tidak mengikut kod kelahiran yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata hasil penelitian dari daftar pemilih yang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam satu pagi, semalam, pihaknya mendapati kod kelahiran pada sejumlah nama itu tidak sama seperti ditetapkan di JPN.

Beliau berkata, JPN mempunyai kod-kod kelahiran khusus membabitkan negeri seperti 14 bagi Wilayah Persekutuan, dan kod-kod lain bagi negeri lain, sedangkan beliau menemukan kod kelahiran seperti 70, 76, 74, 62, 66, 85 dan lain-lain.

Bercakap ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini, Ahli Parlimen Pokok Sena itu memberikan beberapa contoh, seperti kad pengenalan yang bernombor 890327665045 yang dimiliki Lim Jain Zao.

"Kod 66 itu tidak terdapat dalam kod kelahiran yang tersenarai atau ditetapkan JPN.  Persoalannya, di negeri manakah pemegang IC ini lahir?" soal beliau, sambil mendakwa kemungkinan mereka merupakan warga asing yang didaftarkan SPR sebagai 'pendaftaran baru'.

Mahfuz menambah, biarpun nama-nama terbabit terdapat dalam sistem JPN, SPR sebagai sebuah badan bebas sewajarnya mempersoalkan kod kelahiran yang janggal itu kepada JPN.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan senarai daftar pemilih yang dikatakan mempunyai 'senarai pemilih yang tidak perlu hadir', yang bermaksud tidak hadir pada hari pengundian.

Senarai tersebut, difahamkan merupakan pengundi pos yang akan mengundi awal dan diletakkan di lokaliti tentera.

Jelas Mahfuz, sejumlah 113 nama diletakkan di lokaliti tentera, yang kod lokalitinya 400 ke atas dan dinamakan sebagai Palapes.

"Apa yang saya faham, mereka ini merupakan mahasiswa yang terlibat dengan Palapes.  Kenapa mereka didaftarkan dalam lokaliti tentera, sedangkan mereka belum berkhidmat dalam tentera?" soal beliau.

Tambah beliau, sebahagian daripada Palapes itu mempunyai kad pengenalan tentera, manakala kebanyakannya mempunyai IC awam yang sepatutnya diletakkan di lokaliti biasa.

Ekoran itu, Mahfuz menyifatkan perkara ini sebagai penyelewengan SPR dan satu rangka 'task force' yang beroperasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang didakwa beliau sebelum ini.

Sehubungan itu, Mahfuz mendesak JPN dan SPR segera menjelaskan keraguan berhubung kedua-dua perkara yang dibangkitkan beliau bagi mengelakkan tanggapan buruk orang ramai terhadap dua agensi kerajaan terbabit.

Sebelum ini, Mahfuz mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

Beliau juga bertindak menyerahkan memorandum kepada pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung isu tersebut bagi menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong.


Sumber: Harakahdaily.net
Continue reading...

Scorpene: Umno patut adakan perhimpunan khas

Berbagai-bagai isu yang dihadapi oleh PM Najib nampakya tidak pula mendapat pembelaan dari pemimpin partinya dengan jelas. Pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak ada yang ke hadapan untuk mempertahankan Najib dalam isu Scorpene.yang Najib dikatakan terlibat secara terus. Pendakwaraya di Perancis telah memberitahu Suaram yang Najib pernah meminta USD 1 billion untuk dimasukkan ke akaun Paremekar Sdn Bhd sebagai syarat untuk DCNI bertemu dengan beliau di Paris. Kenyataan pihak pendakwa itu amat serius kerana ia melibatkan ketua negara sebuah negara yang dikatakan berdaulat ini.
Selalunya jika ada apa-apa tuduhan dan kenyataan yang disebut sebagai salah laku pemimpin kita, akan bertalu-talulah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan membela yang dilibatkan itu. Najib nampaknya kesaorangan dan tidak ada menteri-menteri dan ahli-ahli jemaah kabinetnya mengeluarkan kenyataan mempertahankan Perdana Menteri yang telah melantik dan diberi tanggungjawab oleh Najib. Tidak ada satu pun media perdana menyentuh isu dakwaan terhadap Najib ini. Saya telah membeli Utusan untuk menyemak samada akhbar organ UMNO itu menyentuh isu ini atau tidak.

Tuduhan ini amat serius dalam masa Najib sedang berhempas pulas untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat yang telah jelas tidak lagi memberikan dukungan yang pernah diperolehi oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum beliau. Rakyat sedang menunggu reaksi Muhyiddin Yassin, sepupu Najib, Hishamuddin Husein serta panglima-panglima Najib yang lain.

Saya tidak tahu kenapa UMNO tidak membuat perhimpunan Agong Khas untuk menangani isu ini dan membuat keputusan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap  Presidennya yang sedang menghadapi berbagai-bagai cobaan dan masalah yang besar sejak akhir-akhir ini. Mendiamkan diri dalam isu ini bermakna bersetuju dengan tuduhan pendakwa di negara Perancis itu. Persidangan khas untuk menangkis isu ini amat wajar diadakan dengan segera.

Lepas satu isu datang lagi isu-isu yang berat yang menghadapi Najib dan sikap ramai pemimpin-pemimpin tertinggi parti sekarang ini seolah-olah ada perancangan untuk membiarkan Najib menghadapi isu kepimpinan seorang diri sahaja. Saya mencadangkan supaya Majlis Tertinggi bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan resmi tentang pendirian parti keatas isu yang dihadapi oleh seorang Perdana Menteri negara kita ini.

Ini melibatkan isu dan tuduhan rasuah seorang Perdana Menteri sebuah negara merdeka. Najib bukannya pemimpin kecil. Beliau seorang Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa memasukkan dan mengeluarkan sesiapa yang beliau suka ke penjara. Najib bukannya Presiden Filipina yang mana seorang Presiden boleh dihadapkan ke Mahkamah di atas berbagai-bagai masalah.

Perdana Menteri Malaysia adalah kebal dari tindakan undang-undang dan boleh melakukan apa yang beliau suka walaupun kerja-kerja jenayah yang besar-besar. Yang tidak boleh lari dari tindakan mahkamah ialah mata-mata (Polis) yang menerima rasuah dua tiga ratus atau pun kerani pejabat tanah yang menerima suapan dua ratus ringgit.

Berbalik kepada tuduhan pendakwa Perancis yang telah menghantar kandungan komunikasi Najib dengan DCNI itu tentang permintaan USD 1billion oleh Najib itu kepada Suaram amat memberi kesan yang amat buruk kepada negara.

Rakyat mahu melihat pemimpin-pemimpin politik UMNO dan BN mengeluarkan kenyataan dan menzahirkan pendirian mereka terhadap isu yang melibatkan Perdana Menteri kita. Reaksi barisan pimpinan kita amat penting kerana ia melibatkan maruah negara kita. Yang dinamakan sebagai seorang yang terlibat dalam isu sensitif ini ialah Perdana Menteri negara yang berdaulat dan merdeka.

Dengan berdiam diri boleh ditakrifkan yang pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO dan BN mempunyai kepercayaan yang kuat yang apa yang dikatakan oleh pendakwa di Paris itu adalah benar belaka. Jika itulah pandangan barisan kepimpinan UMNO maka yang kita tunggu ialah untuk melihat bagaimana Najib akan disingkir atau tersingkir dari jawatan yang amat beliau perlukan untuk dikekalkan.

Itulah sebabnya blog ini selalu mengingatkan Najib yang penting beliau uruskan ialah pemimpin-pemimpin dalam partinya sendiri; bukannya menumpukan perhatian kepada parti-parti pembangkang.

Najib perlu sedar yang musuh yang terang dihadapan beliau tidak begitu merbahaya untuk beliau. Yang lebih bahaya ialah ular-ular sawa yang sedang mengintai-ngintai untuk mematuk dan membelit beliau.

Sesungguhnya Najib adalah seorang pemimpin yang dalam kesunyian. Beliau kesaorangan. Beliau nampaknya akan mengalami apa yang dialami oleh Abdullah Badawi. Sejarah Abdullah akan berulang.

Apabila saya memikirkan bermacam isu yang menjejaskan rakyat dan negara ini dengan mendalam, saya merasakan saya telah bersama dengan beberapa orang yang lain telah melakukan yang terbaik dengan menyertai DAP. Parti ini tidak ada masalah kepimpinan yang dipersoalkan kewibawaan  mereka seperti yang berlaku terhadap ramai kepimpinan BN.

Bagi mengelak dan menjauhi diri dari kumpulan yang tidak bermoral ini, keluar dari UMNO itu merupakan satu-satunya jalan yang ada kepada kita semua. Ramai yang tidak faham lagi sikap dan sifat kepimpinan UMNO. Bercakap berderai-derai tentang Islam tetapi apa yang dilakukan mereka semuanya anti dan bersalahan dengan syariat Islam. Itulah namanya sifat hipokrit

Bagi mereka yang tetap imannya mereka boleh berada dimana-mana kerana orang yang beriman itu seperti ikan yang hidup dilautan yang dalam dan masin. Ikan yang hidup tidak akan rasa masin jika dikeluarkan dari lautan yang masin itu. Ikan yang jenis ini adalah ikan segar dan begitu enak dimasak dan di gulai.

Sebaliknya kepada ikan yang telah mati (tidak berjiwa lagi) jika dikeluarkan dari lautan dan dijemur akan menjadi ikan kering masin. Ikan masin hanya sedap dijadikan perasa di dalam masakan sayuran kangkong dan kailan sahaja.  Maksud saya pimpinan UMNO sudah tidak berjiwa lagi.
 
Dalam isu Scorpene ini UMNO patut memanggil Persidangan Agong khas untuk menyelesaikan isu ini secara resmi. Yang dituduh itu bukannya Mat Rempit. Beliau adalah Perdana Menteri. - http://aspanaliasnet.blogspot.com


Sumber: Harakahdaily.net
Continue reading...

Saya dibelasah teruk kerana dituduh pukul polis

SHAH ALAM: Seorang anggota Unit Amal PAS, Mohd Fahmi Mohd Noor mendakwa beliau dipukul ketika ditahan pihak polis dan sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka sebelum dibawa menaiki trak polis.

Fahmi mendakwa beliau ditahan kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat di hadapan bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 beredar dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh menaikkan kemarahan pihak polis.

Menurut Fahmi, beliau ketika itu dalam posisi membelakangi polis menyebabkan beliau tidak sedar bahawa polis sudah menghampiri beliau menyebabkan beliau ditangkap walaupun pada waktu itu beliau sedang mengarahkan peserta bertenang serta beredar.

"Saya sedang mengarahkan agar peserta tidak melakukan provokasi saya pula ditangkap.

"Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka ketika melalui kaki lima saya telah dipukul oleh pihak polis termasuk ditendang malah terdapat di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Menceritakan insiden itu lebih lanjut, Fahmi berkata, ketika ditahan beliau sempat bertanya kepada polis samada beliau sedang melakukan provokasi ataupun mengawal keadaan.

Namun salah seorang anggota polis itu ada mengatakan memang tiada provokasi dilakukan oleh beliau tetapi beliau harus juga ditangkap.

Beliau kemudian dibawa ke Dataran Merdeka bersama kumpulan lain yang lebih awal ditangkap.

"Jarak perjalanan agak jauh dan saya sendiri tidak pasti berapa kali dipukul, malah ketika sudah hampir di Kelab Di Raja Selangor saya sekali lagi dipukul oleh empat orang polis, disepak dan menyebabkan saya jatuh," ceritanya lagi.

Fahmi memberitahu setelah dipukul, beliau diletakkan bersama-sama dengan tahanan yang lain termasuk dengan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari.

"Ketika saya duduk bersama-sama tahanan yang lain, terdapat seorang anggota polis menjerit dan mengatakan saya telah memukul anggota polis, tindakan tersebut menyebabkan saya sekali lagi ditarik dan dibawa ke belakang trak polis sebelum dibelasah teruk oleh sembilan orang anggota polis.

"Ketika itu saya dipukul dengan teruk termasuk dipijak di perut, ditendang di bahagian dada dan belakang. Saya telah ditumbuk menyebabkan cermin mata saya telah jatuh.

"Dalam keadaan samar akibat kehilangan cermin mata saya cuba mengambil semula cermin mata tersebut tetapi salah seorang anggota polis telah memijak cermin mata saya sehingga pecah, saya dipukul dengan teruk tanpa ada belas kasihan langsung oleh pihak polis," sambung beliau lagi.

Sewaktu dipukul, beliau juga mendakwa ada mendengar Aziz Bari merayu meminta polis berhenti memukul beliau.

Akibat dibelasah beramai-ramai itu, Fahmi mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan belakang.

Tidak lama kemudian, beliau bersama tahanan yang lain dibawa ke Pulapol untuk diambil keterangan.

Ketika memberi keterangan pula, Fahmi mendakwa  polis hanya mengambil maklumat peribadi sahaja tanpa bertanya apa yang berlaku terhadapnya sebenarnya.

Beliau yang baru enam bulan menyertai Unit Amal Shah Alam itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari Isnin 30 April sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang juga pada hari yang sama.

"Biarlah apa yang polis lakukan terhadap saya itu diadili oleh Allah dan saya tidak mempunyai apa-apa dendam dengan mereka.

"Cuma yang paling menyentuh perasaan saya ketika saya diarahkan menanggalkan beret yang dipakai oleh saya dan saya sendiri tidak mengetahui apa alasan sebenarnya polis suruh saya tanggalkan beret tersebut," katanya.


Sumber: Harakahdaily.net
Continue reading...

Kejayaan awal, Umno pun sertai himpunan tanah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) Mazlan Aliman menyifatkan himpunan yang dihadiri ribuan rakyat di Plaza Angsana Johor Bahru semalam satu kejayaan awal menarik kesedaran rakyat.

Menurutnya, kehadiran ramai itu juga membuktikan isu tanah adalah antara isu besar yang sedang dihadapi rakyat di negara ini.

"Bagi saya ini satu kejayaan awal kepada kita dalam usaha menggesa kerajaan pusat dan negeri menyelesaikan isu tanah rakyat ini.

"Bahkan orang Umno juga datang dan memberi ucapan dalam himpunan itu dengan menyatakan masalah tanah yang dihadapi di tempat mereka," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.

Semalam ribuan rakyat menyertai himpunan Tanah di Plaza Angsana Johor Bahru bagi menyatakan solidariti penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Himpunan yamg bermula jam 2 petang itu berlangsung amantanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

Mereka turut membuat 10 resolusi sebagai tuntutan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor untuk menyelesaikan masalah tanah.

Tuntutan itu antara lain mahu kerajaan Johor menuntut semula Pulau Batu Puteh, siasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, hentikan pengurniaan tanah KPRJ atau kroni, rampas tanah penyeleweng serta selamatkan tanah rizab Melayu.

Selain itu mereka juga mahu kerajaan negeri mewartakan tanah rizab orang asal, memastikan ketelusan pengurniaan tanah, pemilik tanah miliki ekuiti projek mega, selesaikan projek rumah terbengkalai dan hentikan manipulasi dan kurangkan birokrasi.

Sebagai langkah penerusan menurut Mazlan, pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh daerah di negeri Johor.

"Kita juga akan serahkan 10 tuntutan ini kepada pihak yang berautoriti untuk diambil tindakan sewajarnya.

"Kita juga tidak teragak-agak untuk menggerakkan himpunan lebih besar di hadapan pejabat menteri besar jika tiada sebarang respon positif dari mereka terhadap tuntutan rakyat ini," katanya.


Sumber: harakahdaily.net
Continue reading...

Sokongan buta tuli bekas KPN p’raya tak bersih

Sokongan membuta-tuli tidak berasas oleh tiga bekas Ketua Polis Negara berasaskan dakwaan Najib Razak bahawa perhimpunan aman “Duduk Bantah” Bersih 3.0 merupakan satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan sekarang adalah bukti terbaru yang menunjukkan bahawa reformasi proses pilihanraya supaya bersih dan adil tidak mungkin akan dijalankan.
Hampir setiap hari, rakyat Malaysia dijamu dengan bukti terbaru bahawa tidak akan wujud suatu platform dimana pilihanraya yang berlandaskan proses yang bebas dan adil di Malaysia boleh berlaku dan kerajaan Barisan Nasional nampaknya telah jauh terpesong daripada menjawab 8 tuntutan Bersih 2.0 dalam perhimpunan aman 9 Julai 2011 untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Apatah lagi 3 tuntutan tambahan perhimpunan aman “duduk bantah” Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Lapan Tuntutan Bersih 2.0 adalah:
1. Pembersihan senarai pengundi berdaftar
2. Mereformasikan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Tempoh berkempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil bagi media arus perdana
6. Pengukuhan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Tiga Tuntutan Tambahan “Duduk-Bantah” Bersih 3.0 adalah :

1.       Suruhanjaya Pilihanraya mesti meletak jawatan, terutama sekali atas kegagalannya dalam melaksanakan tanggungjawab dan telah kehilangan kepercayaan umum.
2.       Proses pilihanraya mesti dibersihkan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13.
3.       Menjemput pemerhati antarabangsa untuk meneliti proses Pilihanraya Umum Ke-13.
Bukti terbaru yang menunjukkan bahawa Malaysia masih jauh daripada melaksanakan pilihanraya yang bebas dan adil adalah, pertamanya, tuduhan melulu dan dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional; dan keduanya, sokongan membuta tuli yang telah diberi oleh tiga bekas Ketua Polis Negara terhadap dakwaan Najib itu.

Muka hadapan hari ini akhbar Berita Harian milik UMNO, telah memaparkan berita tiga bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan turut membantu menguatkan tuduhan melulu Najib bahawa perhimpunan “428” “duduk-bantah” Bersih 3.0 merupakan satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan, dengan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan keatas dakwaan cubaan merampas kuasa.

Nampaknya, ketiga-tiga bekas Ketua Polis Negara dipergunakan untuk memberi justifikasi kepada tindakan keras yang telah digunakan, yang mengingatkan kita kepada penahanan beramai-ramai dalam Operasi Lalang pada tahun 1987!

Apa wujudkah sekelumit bukti pun yang menunjukkan bahawa perhimpunan aman “duduk-bantah” Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan sepertimana yang didakwa oleh Najib dan disokong oleh tiga bekas Ketua Polis Negara untuk memberi justifikasi kepada tindakan yang bakal diambil polis?

Tidak sama sekali, seperti yang terbukti dalam pengakuan Haniff sendiri. Berikut adalah kenyataan Haniff:

“Perlu ada bukti kerana Perdana Menteri tidak boleh membuat andaian semata-mata. Ianya mungkin berlaku dan pasti ada segolongan yang akan melakukan  sedemikian untuk kepentingan masing-masing”

Ini adalah puncak segala yang tidak masuk akal, dan buat pertama dalam sejarah 55 tahun negara ini wujud sebuah dakwaan bahawa sebuah kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, tidak kira bagaimana liar dan tidak masuk akal, menjadi bukti sahih yang mencukupi untuk tindakan lanjut pihak kerajaan.

Tidak ada seorang pun dari kalangan lima Perdana Menteri  sebelum ini, termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri dalam tempoh masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang keempat, telah membuat dakwaan bahawa kenyataannya tidak boleh diragui.

Ini bukan sahaja percubaan yang berbahaya untuk menjadikan kenyataan Perdana Menteri bertaraf seakan undang-undang malah untuk menjadikannya bukti mutlak dan tidak boleh diragui, tidak kira betapa tidak masuk akal atau tidak munasabah dakwaan yang ditujukan itu.

Dua daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah “akses bebas dan adil bagi media arus perdana” dan “hentikan politik kotor”.

Rakyat Malaysia sedang menyaksikan “politik kotor” yang paling teruk dalam sejarah 55 tahun negara ini dalam rangka menuju Pilihanraya Umum Ke-13, mendapat tempat di dalam media arus perdana dan diberi kebebasan yang dinafikan bagi pihak-pihak lain yang bertanding dan mempunyai kepentingan terhadap pilihanraya yang bebas dan adil.

Telatah yang tidak bertanggungjawab oleh pihak Perdana Menteri  dan tiga bekas Ketua Polis Negara merupakan contoh terkini dan contoh yang jelas mengapa Lapan Tuntutan Bersih 2.0 masih relevan, penting dan tidak mungkin ditunaikan, dan merupakan satu sebab kukuh bagi semua rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan yang ada untuk mendesak sekeras-kerasnya untuk Pilihanraya Umum Ke-13 dijalankan di atas medan yang adil.

Sumber: Harakahdailynet
Continue reading...

Nik Aziz: Keputusan Majlis Fatwa 'guna sebelah mata'

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.

"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara. 

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.


Sumber: Malaysiakini
Continue reading...

PKR: Fatwa haram demo ikut kehendak Umno

Ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa fatwa mengharamkan orang Islam daripada menyertai demonstrasi dibuat untuk memenuhi kehendak pemimpin Umno.

"Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian dengan mempersoalkan pendirian jawatankuasa tersebut dalam isu yang sering digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat, perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah?"

Beliau mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang memutuskan haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Fatwa memeranjatkan itu dikeluarkan semalam selepas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April merupakan usaha untuk mengguling kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Sedangkan, penganjur sejak awal lagi menyatakan bahawa perhimpunan itu diadakan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil, kata Muhammad Nur.

Malah pengharaman itu juga bertentangan dengan hukum keharusan berdemonstrasi seperti pandangan presiden Persatuan Ulama Sedunia Yusuf Al-Qaradhawi, katanya.

"(Yusuf) berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman," katanya.


Sumber: Malaysiakini
Continue reading...

PAS: Bimbang diguling, Najib takut bayang-bayang

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyanggah dakwaan perdana mentgeri bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan seperti Arab Spring yang berlaku di negara-negara Arab.

Katanya perhimpunan berkenaan tidak menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan tetapi untuk membolehkan pilihan raya bersih dan adil diadakan.

"Najib takut bayang-bayang dia sendiri. Kita bukan mintak kerajaan turun. Kita tak minta Najib turun.

"Kita minta pilihan raya bersih, bukan nak guling kerajaan. Berbeza dengan Mesir, (peserta demonstrasi) minta (bekas presiden, Jeneral) Hosni (Mubarak) turun, nak rampas (kuasa).

"Di Malaysia, bukan minta dia turun. Itu minta kemenangan percuma. Kita mahu menang atau kalah dalam pilihan raya bersih dan adil," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Beliau mengulas kenyataan Najib yang bimbang sekiranya peserta perhimpunan BERSIH 3.0 akan terus menduduki Dataran Merdeka seperti yang dilakukan di Dataran Tahrir, Mesir.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.


Sumber: Malaysiakini
Continue reading...

Warga Siber Siar Foto Polis yang 'dikehendaki'

Kecewa dengan tanggapan bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didakwa menggunakan kekerasan berlebihan semasa perhimpunan BERSIH 3.0, warga siber memulakan inisiatif untuk mengenal pasti mereka yang dikatakan telah menyerang seorang jurugambar akhbar.

Satu imej empat anggota polis yang dikatakan telah menyerang
Huang An Jian - jurugambar akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily - telah dimuatkan dalam halaman peminat Facebook berbahasa Cina.

Postingnya bermaksud 'Masa untuk balas dendam! Kongsi ini! Empat anggota polis yang menyerang wartawan Guang Ming Daily!".

Dalam masa 24 jam, imej tersebut telah menarik lebih 3,000 'likes' dan lebih 200 komen. Ia telah dikongsi oleh lebih 6,000 pengguna Facebook.

Perhimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah dicemari oleh keganasan yang membabitkan kedua-dua pihak - anggota polis dan para peserta.

Polis telah menerbitkan gambar 91 peserta, meminta mereka tampil membantu siasatan dakwaan berlaku keganasan. Gambar-gambar lain menunjukkan peserta 'merempuh benteng polis'.

Sekurang-kurangnya 13 wartawan, jurugambar dan juruvideo telah diserang semasa perhimpunan tersebut. Kebanyakan mereka mendakwa telah dikasari polis walaupun mereka menunjukkan kad media dan memperkenalkan diri mereka sebagai petugas media.

Banyak gambar atau klip video yang menunjukkan dakwaan
kekejaman polis, telah dimuatnaik di Internet oleh para saksi.

Polis, bagaimanapun, hanya menerbit gambar satu sahaja insiden tersebut dan meminta saksi dan mangsanya menghubungi mereka.

Ini menyebabkan warga siber mengkritik pihak polis kerana didakwa menjalankan siasatan berat sebelah dan cuba melindungi anggotanya yang terbabit.


Sumber: Malaysiakini
Continue reading...

Demo Mansuhkan Tol Batu 3 dan dg Rasau


Continue reading...

Thursday, March 29, 2012

Tuan rumah sidang gas dunia, M’sia rayu Israel


KUALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.

"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar Suara Keadilan)

Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.

Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.

Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.

"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.


Sumber: Harakahdaily
Continue reading...

GMI desak Najib tunai janji mansuh ISA


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengulangi desakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada sidang parlimen ini.

Menurut Sekretariat GMI, Nalini, rakyat sudah mula bertanya bila ISA akan dimansuhkan, ekoran Perdana Menteri sudah berjanji akan memansuhkan akta itu pada Mac ini.

"Hari ini, sudah akhir Mac, tetapi tidak nampak riak-riak Perdana Menteri mahu mansuhkan ISA, rakyat sudah bertanya, dan mereka tidak boleh tunggu lama-lama sangat," katanya semasa dihubungi.

Tegasnya, GMI akan mengadakan protes di hadapan Parlimen pada 9 April ini jam 11 pagi, jika sekiranya Najib dan kerajaan gagal untuk memansuhkan ISA seperti yang dijanjikan pada tahun lepas.

Sebelum ini, Najib berjanji akan meminda atau memansuhkan beberapa akta penting seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat, akta membabitkan perintah sekatan atau buang daerah, Akta Percetakan dan Penerbitan.

Najib telah membuat kejutan besar apabila mengumumkan akta itu akan dimansuhkan, pada Hari Malaysia, 16 September lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz pula pemansuhan ISA memerlukan tempoh lebih lama, kerana perlu ada pengganti kepada akta itu.

"Apa yang perlu ditegaskan ialah kenyataan Perdana Menteri ialah pernyataan dasar yang akan ditunaikan kerajaan BN...ISA tetap akan dimansuhkan cuma kita kena kaji dengan teliti akta yang boleh menggantikannya,” kata Nazri.

Sumber: Harakahdaily
Continue reading...
 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009