Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.

BagaimanapunMalaysiakinimendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.
Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian.
Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini.

Menurut Ong, SPR sebelum ini juga telah menolak cadangan itu beberapa tahun lalu kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi.
“Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPR mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam,” katanya.
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment