AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 24, 2011

PAS pertikai program pengampunan pendatang


PETALING JAYA: PAS mempersoalkan ketelusan program pemutihan pengampunan pendatang tanpa asing secara besar-besaran yang akan bermula 11 Julai depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikai pemilihan agensi pekerja asing dan pertubuhan majikan untuk melaksanakan program tersebut.

Pelaksanaannya umpama membawa perompak untuk menjaga bank, kata ahli parlimen Pokok Sena itu di lobi parlimen semalam.

“Mereka inilah yang membawa pekerja asing dalam tempoh Jun 2009 hingga Jun 2011 ke Malaysia.

“Ini kerana persatuan majikan banyak mendaftarkan pendatang haram sebagai pekerja, kini dilantik pula untuk mendaftarkan pekerja berkenaan.

“Kita bimbang bukan untuk menghantar pulang pekerja yang tidak berdokumen tetapi syarikat dan persatuan itu membawa masuk pekerja asing yang sedang menunggu di sempadan,” katanya lagi.

Daftar jumlah pendatang
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan program pengampunan bagi mendaftarkan jumlah pendatang asing yang berada di negara ini.
KDN melantik syarikat swasta untuk mendaftarkan pekerja asing berkenaan.
Mahfuz berkata, beliau setuju program pemutihan dan pengampunan tersebut tetapi perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan kerajaan.
Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Migran Care yang banyak berjuang dalam isu pekerja asing Indonesia perlu dilantik sebagai pemantau.
Sementera itu, Tan Sri Muhyiddin berkata, KDN kan menentukan kadar bayaran yang akan dikenakan terhadap majikan yang terlibat dalam proses pemutihan serta pengampunan tersebut.
Beliau berkata, tindakan itu bagi mengelak berlaku perbezaan sekiranya kadar ditentukan oleh syarikat pembekal tenaga kerja asing.


Sumber: Free Malaysia Today

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009