AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 24, 2011

Pinjam RM6 bilion: Anak cabar Isa Samad dialog terbuka


KUALA LUMPUR, 24 Jun: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dicabar untuk berdialog secara terbuka dengan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang) bagi menjelaskan hal pinjaman RM6 bilion dan kerugian anak-anak syarikat Felda.

Anak Lembah Klang bersedia menyiapkan pentas terbuka untuk diadakan dialog tersebut dan Isa Samad diberikan tempoh tiga hari bagi menjawab kesediaannya untuk menyambut cabaran itu.Jika tidak, ia jelas menggambarkan ada 'masalah besar' yang dihadapi Felda hari ini di bawah kendalian Isa Samad dan beliau mesti bertanggungjawab dengan semua itu.Naib Pengerusi Anak Lembah Klang, Mohd Nasaie Ismail berkata, kenyataan Isa Samad bahawa pinjaman Felda kepada KWSP sebanyak RM6 bilion bukanlah satu masalah dan ia merupakan penghormatan kepada Felda, jelas merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda.Menurut beliau, jawapan tersebut menampakkan sikap Isa yang menganggap golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda seolah-olah buta maklumat sehingga sanggup ditipu oleh beliau."Masakan tidak ada sebarang masalah, kita membuat pinjaman dan pinjaman ini dalam jumlah yang besar hampir lima kali ganda daripada keuntungan tahunan Felda yang dihebahkan kepada kita."Kita juga pelik, mengapa Isa boleh katakan kerugian Felda bukanlah suatu masalah sebaliknya ia boleh diurus supaya kerugian itu menjadi baik. Mana ada kerugian dikira baik. Rugi sememangnya petanda buruk kepada agensi milik rakyat Malaysia ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.Anak Lembah Klang, menurut beliau, mempersoalkan apakah tujuan dipinjam wang sehingga RM6 bilion dan mengapa perlu dipinjam daripada agensi yang lain?"Persoalannya juga, apakah wujudnya kekurangan dana Felda atau benarkah dengan dakwaan wang dipinjam digunakan untuk belanjawan pilihanraya parti pemerintah? Ini yang perlu dijawab," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.Jika begitulah cara berfikir Pengerusi Felda, tegasnya, tidak mustahil Felda akan bankrap di bawah pengurusan Isa Samad sebagaimana lingkupnya Negeri Sembilan dibawah beliau."Anak Lembah Klang juga menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Anak, Mazlan Aliman supaya tidak membalas kenyataan Isa itu kerana lavel pemikiran dan jawapannya cukup sekadar anak-anak peneroka seperti kami sahaja menjawabnya," ujar beliau.


Sumber: Harakah daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009