AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 24, 2011

Biasiswa JPA : Jangan Sampai Pelajar Kita Tertindas, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR 24 JUN : Parti keadilan Rakyat (PKR) mahu kerajaan pusat mewujudkan sebuah jawatankuasa khas melibatkan wakil semua parti dan semua bidang untuk memperhalusi pelaksaan dasar baru biasiswa bagi mengelakkan kumpulan tertentu ditindas sekiranya ia dilaksanakan secara tergopoh-gapah.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata semakan secara menyeluruh dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dilakukan pada tahun depan.

Menurut Najib, semakan itu akan termasuk sama ada memperuntukkan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan universiti dan menawarkan dermasiswa untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mereka mengikuti kursus pra-universiti seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau A-level.

Sekiranya dilaksanakan, maka pelajar cemerlang SPM di negara ini bermula tahun depan tidak lagi layak untuk mendapatkan biasiswa JPA.

Malah Najib turut menyifatkan pemberian biasiswa kepada pelajar berkenaan bukanlah satu idea yang baik.

Mengulas hal itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan medianya melahirkan kebimbangan akan tindak tanduk kerajaan memandangkan ia satu isu besar yang melibatkan masa depan negara.

“Dari aspek inilah, saya benar-benar gusar bahawa kesan tidak langsung polisi yang diumumkan oleh Datuk Najib adalah mewujudkan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap pelajar dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah.

“Majoriti pelajar-pelajar ini adalah pelajar Melayu-Bumiputera yang akhirnya menimbulkan satu suasana yang mana pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera seolah-olah dinafikan biasiswa, walaupun mereka cemerlang secara akademik dan kokurikulum,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu menurut Saifuddin, kerajaan juga hakikatnya perlu memastikan pembiayaan kursus persediaan universiti kepada pelajar-pelajar cemerlang pelbagai kaum dengan memberi keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah.

“Alasan bahawa ia perlu dihapuskan kerana kekangan kewangan tidak dapat diterima kerana ia berpunca dari sikap semborono Umno-BN.

“Kursus persediaan universiti yang dibiayai ini mestilah melibatkan institusi-institusi berprestasi tinggi yang mempunyai pengalaman untuk melatih pelajar-pelajar cemerlang (terutamanya dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah) bersedia melalui ujian kemasukan ke universiti-universiti ternama,” katanya.

Saifuddin menambah kebelakangan ini, kekangan kewangan akibat keborosan Barisan Nasional (BN) menyebabkan Najib mendahulukan rakyat untuk dikorbankan.

“Kos sara hidup rakyat terbanyak dibiarkan naik melambung apabila subsidi bahan api dan makanan dipotong. Kini, kos pendidikan rakyat juga akan naik melambung apabila biasiswa pendidikan akan dihapuskan.

“Semua ini berlaku sementara tidak ada satu tindakan pun diambil untuk menyekat rasuah, pembaziran dan aliran wang rakyat ke tangan kroni melalui perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti konsesi lebuh raya, penjana bebas elektrik dan lain-lain,” katanya lagi.

Pun begitu, kata Saifuddin, beliau mengakui bahawa sistem pemberian biasiswa sedia ada perlu dirombak dan ditambah baik, bukan atas alasan negara kekurangan dana tetapi untuk memastikan negara benar-benar mendapat pulangan terbaik dari pelaburan masa depan ini.

Menurutnya lagi, kerajaan perlu segera menyediakan lebih banyak institusi-institusi sebegini supaya persediaan pelajar-pelajar cemerlang padan dengan potensi sebenar mereka untuk memasuki universiti ternama seluruh dunia.

“Saya khuatir jumlah institusi sedia ada adalah tidak mencukupi dan kebanyakannya tidak berpengalaman, kerana selama ini institusi-institusi ini hanya menumpukan perhatian kepada peperiksaan prauniversiti sahaja,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut membidas langkah Najib mengumumkan keputusan besar menyentuh soal pendidikan hanya dalam wawancara dalam siaran radio berbahasa Tionghua, One FM .

“Ia satu dasar negara yang berkait rapat dengan Perkara 153 dan membawa kesan besar kepada kemajuan negara dan keharmonian kaum. Keputusan yang sebegini besar dan penting sewajanya tidak diumumkan secara sembunyi kepada pendengar-pendengar radio berbahasa Tionghua,” katanya .


Sumber: TVSNEWS

1 comments:

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your amkkotaraja.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009