AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, April 5, 2011

PAS Umum Tiga Calon, Dua Lagi Malam Ini


KUCHING 5 APRIL : PAS semalam mengumumkan 3 nama calon yang akan berdepan dengan calon UMNO BN pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Ketiga- tiga nama itu diumumkan secara berasingan ditiga buah lokasi.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengumumkan Abang Ahmad sebagai calon DUN Beting Maro.

Sementara Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengumumkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid sebagai calon DUN Sebuyau.

Manakala Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mengumumkan Noraini Hamzah sebagai calon DUN Muara Tuang.

"Beliau dipilih oleh PAS sebagai calon DUN Muara Tuang"

"Beliau adalah aktivis masyarakat. Banyak aktiviti yang disertai beliau dan beliau terkenal dikalangan masyarakat," umum Mustafa.

DUN Muara Tuang dikatakan kubu kuat UMNO BN sejak tahun 1981.

Noraini dilihat menggalas cabaran yang berat apabila diamanahkan untuk 'berentap' dengan adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Noraini bagaimanapun optimis beliau mampu memberi saingan kepada Datuk Seri Mohd Ali Mahmud.

"Dengan perasaan rendah diri saya menerima amanah ini dan akan menjalankan tugas yang diamanakan ini dengan sebaik mungkin," kata Noraini.

Noraini yang juga aktivis PAS itu yakin setiap langkahnya diiringi dengan doa rakyat Sarawak yang mahukan pertukaran pucuk kepimpinan, demi sebuah masa depan yang terjamin.

Noraini dilahirkan di Kelantan namun beliau telah menetap di Sarawak hampir 30 tahun setelah mendirikan rumah tangga dengan Mursidi Ali, yang merupakan anak jati negeri ini.

Dalam pada itu, dua lagi calon PAS bagi kerusi DUN Sadong Jaya dan DUN Tanjong Datu akan diumumkan malam ini.

Sejumlah 71 kerusi DUN dipertandingkan dalam pilihan raya Sarawak ke-10 yang akan bermula 6 April ini dan hanya akan berakhir 16 April depan.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009