AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, March 24, 2011

3 Barang Ditanda Sebagai Bukti, Zabidin Tukar Penghakiman


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguambela Karpal Singh untuk mempertimbangkan semula keputusan menerima tiga barang yang diperolehi dari lokap D9 Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur sebagai bahan bukti.

"Saya tidak nampak sebarang sebab untuk melihat semula keputusan semalam," ujar Zabidin didalam mahkamah.

Pendakwaraya kemudian memanggil bekas ketua forensik Polis Diraja Malaysia, Supritenden Amidon Adnan dan ahli kimia, Nor Aidora Saedon untuk menandakan barang- barang tersebut sebagai bahan bukti pendakwaan.

Tiga barangan yang didakwa pihak peguambela diambil secara tidak sah itu, diletakkan dalam tiga sampul berasingan.

Barangan tersebut adalah sehelai tuala muka 'good Morning, berus gigi dan botol air mineral.

Semua barangan ini diperolehi daripada sel Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Mahkamah turut menandakan laporan kimia yang disediakan Nor Aidora terdahulu sebagai bahan bukti.

Nor Aidora sebelum ini memberi keterangan bahawa DNA yang diperolehi daripada barangan tersebut adalah daripada 'Lelaki Y”.

Berikutan perbicaraan hari ini, pihak pendakwaan dijangka selesai membentangkan kes mereka dan mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar hujahan pula.

Selepas mendengar hujah kedua- dua pihak, hakim kemudiannya akan menentukan sama ada pihak pendakwaan mempunyai kes prima facie dan sehubungan itu memerintahkan Anwar supaya membela diri.



Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009