Arkib Blog

Thursday, March 24, 2011

KASE Desak Kerajaan Tarik Semula Tindakan Senarai Hitam Kenderaan


KUALA LUMPUR 24 MAC : Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa kerajaan menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan serta mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor berikutan kegagalan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di Parlimen semalam berkata, tindakan kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' bukan sahaja menyusahkan malah rakyat turut terbeban dengan kesukaran untuk membuat bayaran tersebut.

Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.

"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?

"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.

"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.

Sementara itu, Mahfuz berkata KASE kini dalam proses mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ jika mereka tida menarik balik senarai hitam pemilik kenderaan.

Tindakan mahkamah ini bagi menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan kerana dihalang JPJ tanpa alasan yang sah.

"Kase sudah bermesyuarat semalam dengan panel undang-undang dan bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ.

"Sebagai permulaan, kami akan kumpulkan sepuluh mangsa dari setiap negeri dan akan kumpul maklumat mereka," katanya.

Sehubungan itu, KASE meminta pemilik kenderaan yang ingin berbuat demikian memberikan maklumat lengkap mereka kepada jawatankuasa.

Segala maklumat boleh disalurkan melalui email KASE di kempenantisamanekor@gmail.com atau terus di laman Facebook dengan memberikan maklumat lengkap pemilik kenderaan iaitu nama penuh,alamat, nombor plet kenderaan, tarikh tamat cukai jalan, tarikh dihalang perbaharui cukai jalan, lokasi cawang JPJ yang menghalang perbaharui cukai jalan, nombor telefon serta emel yang sah.



Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009