SHAH ALAM 5 JAN: ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, bersedia untuk mengadap baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya baginda tersinggung berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru.
Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri yang mewakili Shuhaimi sewaktu sidang media bagi menjelaskan tomahan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia yang seolah-olah menunjukkan Shuhaimi derhaka terhadap Institusi Raja di Selangor.
Utusan memanipulasikan kenyataan Shuhaimi berkaitan isu perlantikan SUK untuk menimbulkan pertentangan antara pihak-pihak yang terbabit khususnya antara Kerajaan Negeri dan Sultan Selangor.
Dalam kenyatan Shuhaimi yang dibacakan Azmizam, beliau menegaskan kenyataannya tidak ditujukan kepada Sultan Selangor sebaliknya menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit baginda serta mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.
"Yang dipersoalkan mengapa Fasal 50 (kuasa eksekutif DYMM Sultan Selangor) dan Fasal 52(1) (peranan Suruhanjaya Perkhidmatan melantik YB SUK) tidak dibaca bersama Fasal 55(1)," katanya.
Beliau turut menafikan ada berkata bahawa perlantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN).
Bagi pihak AMK Azmizam menambah, sekiranya isu ini dipanjangkan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membongkar lebih banyak isu mengenai penderhakaan terhadap Institusi Beraja oleh Umno-Barisan Nasional.
"Kami tengok Ibrahim Ali yang begitu bersungguh-sungguh tapi beliau hanya cakap tak serupa bikin," katanya.
Pihak AMK akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung isu fitnah kenyataan terhadap Shuhaimi dan kenyataan Ibrahim Ali dalam Dewan Rakyat bertarikh 18 Januari 1993 yang jelas menghina Raja-Raja Melayu.
Sumber: TVSNEWS

1 comments:
SALAM SEMUA,
1. CUBA CEK SUK BARU TERLIBAT DENGAN KES KAHWIN LARI ANAK RAJA DGN MANTAN MB TSRI MUHAMMAD TAIB...SBS BELIAU KETIKA TU ADALAH SSBAGI TSRI NI
2. ALASAN YANG DIBERI OLIH SS DYMM SULTAN SELANGOR KATANYA DYMM SULTAN BERCUTI KE LUAR NEGARA,,,TAPI RAKYAT ADA NAMPAK DYMM SULTAN MAIN BOWLING KAT KLANG PARADE..
MUNGKIN NI DAPAT MEMBANTU
Post a Comment