AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, January 5, 2011

Kesan Semula Semua RM340 Bilion Ketirisan Ekonomi Biayai Sekolah Usang

ZK3Membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laporan SINCHEW DIGEST pada 3 Jan yang mendakwa seolah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai ‘menghadapi risiko keruntuhan’, adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Ini kerana, jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 bilion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36 bilion buat Perbelanjaan sepanjang 2011 ini.

Kenyataan TPM ini seolah mengiyakan sikap tidak ikhlas kerajaan lanun Umno-BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan RM6 bilion buat Pembangunan berbanding RM29 bilion buat menanggung kos Pengurusan Kementerian Pelajaran. Ini bermakna, kerajaan lanun Umno-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu anya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita.

Saya yakin, jika ketirisan berjumlah RM340 bilion, iaitu sebanyak Rm100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan RM240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Brian Wain dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.

Maka, bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan bertugas di 300 buah sekolah usang ini, saya menggesa agar TPM sedia bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 bilion ini, agar dapat menampung kos pembaikan RM9 bilion ini.



ZURAIDA KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009