"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya. Azmizam (kanan) yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis. "Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam.
Nafi along Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu - yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis. Malah, dua NGO - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”. Bagaimanapun, kelmarin wakil rakyat muda itu, melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan. Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Azmizam juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu petang ini, dijangka di ibu pejabat polis daerah Shah Alam. "Dalam masa yang sama, kami juga merancang membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia yang didakwa memfitnah bahawa YB Shuhaimi menderhaka kepada Sultan Selangor," katanya. Ditanya sama ada pihaknya mengesyaki tindakan itu sebagai reaksi kepada tulisan Shuhaimi di blog, Azmizam enggan membuat sebarang jangkaan. "Ini satu ugutan terhadap YB. Tetapi sama ada ia berkaitan dengan tulisan di blog, saya tidak boleh komen apa-apa. Kita tunggu siasatan polislah," kata beliau yang juga ketua AMK Kota Raka. Menafikan ia melibatkan along, Azmizam memberitahu, Shuhaimi tidak pernah menerima 'ugutan' sebegitu sebelum ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa ketua polis Shah Alam Supt Zahedi Ayob mengesahkan polis telah menerima satu aduan berhubung kejadian tersebut.
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment