AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, December 13, 2010

Khir Toyo digantung dari semua jawatan parti

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri, Dr Mohd Khir Toyo telah digantung dari semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu.

NONESetiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata
tindakan tersebut tidak ada hubungannya dengan pertimbangan kepentingan politik BN, tetapi ditetapkan dalam perlembagaan parti.

Akhbar Sinar Harian melaporkan beliau berkata, sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya.

Menurut Tengku Adnan, yang juga ahli parlimen Putrajaya, tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak dikembalikan.

Menurut Sinar Harian lagi, Khir, yang juga ADUn Sungai Panjang, menerima surat dari ibupejabat Umno berhubung penggantungannya itu pada 8 Disember - dua hari selepas dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berhubung penjualan tanah yang menjadi tapak rumah mewahnya.

khir toyo mansion 060709 08Sambil menyifatkan keputusan parti itu sebagai "prosedur biasa", Khir
berkata, beliau akan mematuhi keputusan penggantungan tersebut, tetapi akan terus memberi bekerjasama, sumbangan dan menawarkan perkhidmatan untuk bahagiannya yang kini dipangku oleh timbalannya, Datuk Ramli Norani.

Katanya, penduduk Sungai Panjang tidak perlu bimbang kerana beliau akan memenuhi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Yang penting, katanya, usaha BN untuk merampas semula kerusi DUN Sekincan diteruskan.

khir toyo interview 150910Khir yakin Ramli akan dapat meneruskan aktiviti yang telah dirancang sebelum ini.

Ramli, 63, sebelum ini merupakan bendahari Umno bahagian Sungai Besar (2004-2009) sebelum menang jawatan timbalan ketua bahagian.

Semalam, sekumpulan kira-kira 200 pemuda dilapor menubuhkan Gagasan Bertindak DUN Sungai Panjang (GABUS) sebagai tanda sokongan kepada Khir dan Umno bahagian Sungai Panjang.

Diketua oleh Mohd Safar Abdullah, mereka menyerahkan memorandum sokongan kepada Khir yang dikatakan telah ditandatangani oleh lebih 300 "pengundi musa".

Safar berkata, GABUS mengutuk tindakan pihak-pihak tertentu untuk mengganggu keharmonian dan perpaduan umno bahagian Sungai Panjang.


Sumber: Malaysiakini

1 comments:

PASPB on December 13, 2010 at 7:06 PM said...

Salam,

Sudah link blog tuan. Mohon link blog

kami

wmpaspb

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009