AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, December 15, 2010

Wikileaks : Singapura Kata Pendedahan Tidak Sama Dengan Rekodnya


SINGAPURA 15 DIS : Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLeaks dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri.

Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam tadi sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura semalam, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi semalam.

Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran."

Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama.

WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia.

Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

-BERNAMA-

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009