Arkib Blog

Tuesday, November 30, 2010

Saksi Ke-32 Dakwa Aminulrasyid Pemandu Berpengalaman


SHAH ALAM 30 NOV: Saksi ke-32 kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah mendakwa kereta putih Iswara yang digunakan oleh mangsa dikatakan sebagai pemandu lapor Malaysiakini.

Saksi tersebut Lokman Hakim R Daily berkata pemandu kelihatan tahu cara mengendalikan kereta dalam usahanya melarikan diri daripada - dirinya, - Lokman Hakim dan kawan-kawannya - semasa dia mengejar remaja itu selama 30 minit.

"Nampaknya dia pemandu berpengalaman,” katanya ketika disoal balas oleh peguambela, M Athimulan.

Semalam, Lokman Hakim memberitahu mahkamah bahawa dia bersama dua lagi rakannya mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid pada kira-kira jam 12.15 pagi.

Mereka bertindak demikian selepas kenderaan itu melanggar kereta Toyota Celica rakannya yang diparkir di tepi sebatang jalan di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut Lokman Hakim, dia mengejar kenderaan itu untuk mendapatkan ganti rugi daripada pemandu kereta Proton Iswara berkenaan yang merosakkan bahagian bumper depan kenderaan Toyota Celica rakannya.

Diasak oleh seorang lagi peguambela, Salim Bashir, beliau setuju bahawa kereta Iswara itu dipandu dalam cara semberono dan berbahaya.

Pengakuan Lokman Hakim selaras dengan kenyataan sahabat Aminulrasyid yang juga saksi utama kes ini Azamuddin Omar yang pada sidang media beberapa hari selepas kejadian itu berkata mangsa memecut selepas kereta yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta lain.

Azamuddin, yang ketika kejadian duduk di kerusi penumpang hadapan berkata Aminulrasyid panik selepas melihat sekumpulan lelaki bermotosikal mengejarnya.

Lokman Hakim, apabila disoal-balas oleh DPP Mohd Dusuki Mokhtar, berkata beliau mengandaikan pemandu kereta putih itu seseorang yang berpengalaman berdasarkan cara beliau mengendalikan kereta tersebut.

"Kereta dipandu laju dan melanggar lampu isyarat,” katanya.

Korporal Jenain Subi, 48, dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009