IPOH 30 NOV: Isu Ketuanan Melayu yang dilontar oleh Presiden PKR, sewaktu kongres nasional ke-7 baru-baru ini menampakkan perbuatan jahat pemimpin konponen Barisan Nasional (BN) memanipulasi isu perkauman sebagai modal untuk mempengaruhi rakyat, ujar Drs Khalil Idham Lim.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh BN, peringatan tentang pentingnya perlembagaan dijaga, konsep ketuanan Melayu perlu dipelihara dengan baik, dan pelbagai lagi peringatan yang disebar melalui media BN kepada seluruh rakyat.
Tambahan pula ucapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimanipulasi dengan hebat sehingga menyimpang jauh dari maksud sebenarnya.
Sebagaimana yang disebut oleh Wan Azizah, Konsep tersebut wajib ditinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil 'VIP' Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.
“Kronologi hakisan ketuanan Melayu telah berlaku sejak pasca Tunku Abdul Rahman lagi, ia dimulai oleh Umno sendiri yang telah mencabar institusi diRaja sehingga menyifat serta meletakkan Institusi Raja-Raja sebagai bebanan bangsa satu ketika dahulu, dalam masa yang sama melaungkan bahawa mereka adalah pembela Melayu dan kaum lain,” tulis Ketua Penerangan PAS Perak itu dalam blognya.
Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, golongan elit Melayu Umno telah mengaut keuntungan yang amat besar dengan keberkatan “ketuanan Melayu” yang mereka guna selama 50 tahun lebih.
Jika kita mahu entiti bangsa menjadi hebat serta dipandang mulia, jolokan tuan amat tidak sesuai, seolah-olah kita menggesa dengan tegas kepada bangsa lain supaya menghormati kita, katanya.
Khilafah Uthmaniah tidak pernah melaungkan ketuanan Turki semasa kegemilangan empayar itu sehingga ditakuti dunia barat suatu ketika dahulu, tegasnya lagi.
Selepas ini BN dijangka akan melakukan apa sahaja cara bagi mempertahankan Putrajaya dari dikuasai oleh Pakatan Rakyat, dan kita ingin menegaskan bahawa kita (Pakatan Rakyat) sentiasa bersedia ke arah itu.
Sumber: TVSNEWS

0 comments:
Post a Comment