AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 30, 2010

Isu Air: Khalid Yakin Sokongan Rakyat Selangor


SHAH ALAM 30 NOV: Kempen 'Kembalikan Hak Air Selangor diyakini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mendapat sokongan rakyatnya yang akan bersama kerajaan dalam menuntut hak air.

Memetik laporan Harakahdaily, sehingga kini katanya, kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang.

Menurut Khalid, rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut.

"Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara.

“Jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya penswastaan air dihentikan.

"Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.

Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri.

Ia juga sebagai desakan agar empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak dalam satu badan milik kerajaan negeri untuk dikawal urus.

Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian 20 meter padu air percuma kepada isi rumah.

Jika penswastaan diteruskan, rakyat negeri ini akan menghadapi kenaikan tarif air sehingga 27 peratus.

Sebelum ini, kerajaan Selangor juga telah menghantar notis 14 hari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) agar memberhentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air negeri.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009