AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 30, 2010

Dana MP: Bantahan AG Didengar 5 Jan


KUALA LUMPUR 30 NOV: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jan untuk mendengar bantahan anggota parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj untuk tindakan undang-undang bagi satu perintah mandamus meminta kerajaan menentukan prosedur dalam pengagihan dana daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya.

Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak-pihak berkenaan dalam kamar hari ini.

Peguam kanan persekutuan Suzana Atan, yang mewakili responden, memberitahu pemberita bahawa Jabatan Peguam Negara telah membangkitkan bantahan permulaan itu atas alasan bahawa tidak ada perkara dalam permohonan Dr Jeyakumar serta menyalahgunakan proses mahkamah.

Peguam Dr Jeyakumar Datuk S.Ambiga berkata beliau memerlukan masa untuk menjawab penghujahan Jabatan Peguam Negara mengenai bantahan itu yang diterimanya pagi ini.

Pada 29 Okt, pegawai Parti Sosialis Malaysia (PSM) memfailkan permohonan kebenaran untuk satu semakan kehakiman terhadap kerajaan dan dua yang lain antara lain memohon satu pengisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan pilihanraya mestilah diberikan kepada semua angota Parlimen secara saksama mengikut Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam permohonannya, beliau menamakan Ketua pengarah Unit Pelaksanaan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengarah Kemajuan Negeri Perak (PPN Perak) dan kerajaan sebagai responden.

Beliau memfailkan saman undang-undang setelah permohonannya kepada pengarah PPN Perak untuk dana yang akan digunakan sebagai sumbangan kepada pojek kecil SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak-anak Yatim Nurul Ihsan serta dana untuk projek kecil bagi manfaat kampung-kampung Orang Asli, ditolak melalui sepucuk surat daripada pengarah itu pada 12 Okt.

Dr Jeyakumar berkata pemintaannya untuk dana itu sepatutnya diberikan kerana semua projek yang beliau pohon adalah jenis dalam peruntukan khas kawasan pilihan raya yang sepatutnya digunakan.

Beliau mendakwa bahawa responden itu tidak menggunakan budibicaranya dalam memberikan dana itu daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya yang berat sebelah dengan berpihak kepada para anggota daripada parti campuran Barisan Nasional (BN) dan prejudis terhadap anggota daripada parti-parti pembangkang.

Dr Jeyakumar memohon satu perintah mandamus untuk mendesak responden menjelaskan autoriti mereka dalam pengagihan dana daripada peruntukan khas kawasan pilihanraya, menggunakan budibicaranya dan bagi menentukan prosedur untuk peruntukan pembiayaaan sejak 2008.

Anggota Parlimen itu juga mahukan satu writ quo waran yang akan dikeluarkan kepada responden untuk mereka memberikan maklumat sebagai autoritinya menggunakan budibicaranya untuk melulus dan mengagihkan dana daripada dana persekutuan yang disatukan dan peruntukan khas kawasan pilihanraya.-Bernama.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009