AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 30, 2010

PNSB Dapat Suntikan Tanah Biayai Program Basmi Kemiskinan


SHAH ALAM 30 NOV:Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menerima suntikan hartanah bernilai lebih RM565 juta yang akan dibangunkan untuk manfaat rakyat negeri ini.

Dua bidang tanah berkenaan yang terletak di Bukit Beruntung dan Bestari Jaya ini dimiliki Talam Corporation (Talam) sebelum ini dan diserahkan kepada Pemerbadanan Menteri Besar sebagai sebahagian daripada penyelesaian hutang syarikat itu kepada kerajaan negeri.

Tan Sri Khalid hari ini menyaksikan pemeteraian perjanjian menjual dua hartanah berkenaan oleh Pemerbadanan Menteri Besar atau MB Incorporated (MBI) kepada PNSB.

Perjanjian ini adalah kemuncak rundingan untuk menguruskan hutang Talam kepada kerajaan negeri yang bernilai RM392 juta kepada anak-syarikat kerajaan negeri.

Pada April tahun ini, Talam menyerahkan hak,kuasa dan kepentingan kepada MBI untuk menguruskan jualan hartanah Talam sebagai bayaran penyelarasan hutang syarikat itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa tidak timbul soal kerajaan negeri menyuntik dana untuk menyelamatkan Talam.

“Ini bukan tindakan menyelamatkan (Talam), pihak yang mengatakan kerajaan negeri telah melunaskan Talam dengan cara melupuskan segala hutang Talam, sebenarnya tidak betul,” tegas Tan Sri Khalid.

Khalid berkata, kerajaan negeri menjalankan penstrukturan semula pengurusan aset-aset tanah itu dengan tujuan untuk mempertahankan haknya.

Rentetan daripada itu, Talam menerusi syarikat-syarikatnya memberikan aset bernilai RM688 juta kepada MBI. Oleh kerana Talam mempunyai hutang tanggungan sejumlah RM 266 juta, nilai aset sebenar berjumlah RM 422 juta.

MBI hari ini menjual kepada PNSB 1,2752.92 ekar tanah di Bukit Beruntung yang bernilai RM333.4 juta dan 1,312.89 ekar di Bestasi Jaya dengan nilai RM181 juta ringgit.

“Melalui perjanjian ini, PNSB akan mempunyai bank tanah yang luas dan seterusnya dapat merancang, melaksana dan membangunkan pusat pertumbuhan ekonomi, pusat perdagangan atau industri baru di Selangor," tegas Tan Sri Khalid.

Beliau yakin PNSB mampu mendapatkan pulangan ‘selesa’ menerusi perancangan teliti untuk membangunkan tanah terbabit.

“Kita akan memilih perancang-perancang swasta yang berperanan memberi khidmat untuk cadangan untuk memastikan perancangan pembangunan akan mendatangkan hasil yang terbaik untuk PNSB,” tambah beliau.

Khalid, berkata perjanjian hari ini hanya membabitkan sebahagian daripada tanah Talam yang diserahkan kepada MB Incorporated.

“Selainnya termasuklah tanah yang terlibat dalam projek Canal City yang gagal dilakukan pentadbiran terdahulu yang dijangka akan selesai suku penggal pertama tahun hadapan,” tambah beliau.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009