AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 15, 2010

Rakyat Tolak ETP


KUALA LUMPUR 15 NOV : Rakyat di negara ini masih sangsi rancangan Program Transformasi Ekonomi yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh portal web Utusan Malaysia, lebih 46.7 peratus daripada 1,538 peserta mengundi 'tidak' kepada soalan samada mereka yakin ETP akan mencapai matlamatnya.

Daripada jumlah tersebut, 33.6 peratus lagi menjawab 'Ya' manakala 19.6 peratus pula menjawab 'Saya tidak tahu apa itu ETP'.

Jelas sekali, kaji selidik yang dijalankan oleh akhbar media arus perdana berkenaan jauh berbeza dengan dakwan ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) Idris Jala sebelum ini bahawa rancangan terbabit mendapat sokongan padu rakyat di negara ini.

September lalu, Idris Jala mendakwa 86 peratus daripada 1,060 peserta responden kaji selidik yang dijalankan memberi sokongan kepada program ETP selepas melawat sesi hari terbuka program berkenaan.

Rancangan ETP, yang bernilai RM444 bilion dibawah pentadbiran Najib merangkumi pelaksanaan 131 projek untuk menjana perubahan menjadikan ekonomi negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita melalui ETP didakwa dijangka akan mengalami perkembanngan dua kali ganda dari RM23,700 kepada RM48,000 menjelang 2020 dengan 3.3 juta peluang perkerjaan diwujudkan.

Keseluruhan besar kos dana projek berkenaan juga akan dibiayai oleh swasta manakala 32 peratus lagi akan dibiayai oleh syarikat milik negara (GLC) dan kira-kira lapan peratus lagi oleh kerajaan pusat sendiri.

Projek tersebut merangkumi 12 sektor ekonomi utama negara iaitu, minyak, gas dan kuasa, minyak kelapa sawit, perkhidmatan kewangan, sektor elektrikal dan elektronik, peruncitan dan pemborongan, infrastruktur komunikasi, pertanian dan sektor Lembah Kelang-Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, rancangan berkenaan juga mendapat pandangan negatif dari para analisis ekonomi yang tidak yakin dengan rancangan ETP malah ada juga yang berpendapat ia adalah prospektus pelaburan yang dibesar-besarkan.

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat juga berasa tidak yakin dengan keberkesanan projek berkenaan sambil menegaskan bahawa kerajaan pusat cuba mengenepikan kerajaan negeri dengan tidak terlebih dahulu mendapatkan maklum balas dari mereka.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009