AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 15, 2010

Kes PKFZ Ditunda Sehingga Bicara Liong Sik Selesai


SHAH ALAM 15 NOV : Perbicaraan ke atas bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang akan ditunda sehingga kes yang membabitkan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik selesai dibicarakan.

Kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan berhujah perbicaraan kes pecah amanah (CBT) ke atas OC Phang jika diteruskan akan menjadis prejudis terhadap kes Ling.

Timbalan pendakwa raya, Dzulkifli Ahmad dan peguambela Francis Ng juga bersetuju bahawa adalah wajar bagi menunda kes Phang kerana kesalahan yang didakwa dilakukannya berlaku sebelum dakwaan salah laku Ling di petik dari Malaysiakini.

Sehubungan itu, hakim Mahkamah sesyen, Asmadi Hussain mengambil keputusan untuk menunda perbicaraan bagi memberi laluan kepada kes Ling berakhir, tetapi tidak mengambil kira proses rayuan. Beliau yang membenarkan permohonan penangguhan oleh pihak pembelaan akan mendengar kes itu tanpa menunggu proses rayuan Liong Sik selesai.

Phang, yang nama penuhnya Phang Oi Choo @ Phang Ai Tu, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ling, 67, pula pada 29 Julai lalu, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

Mengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.

Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009