AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, November 18, 2010

Idea Konsensus Bebas dianggap lapuk


SHAH ALAM, 18 Nov - Setiausaha Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Konsensus Ahli Parlimen Bebas, yang dianggotai lima bekas ahli Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), dianggap sebagai ketinggalan zaman kerana ia terlebih dahulu telah diambil tindakan oleh kerajaan negeri.

“Mereka ini sebenarnya ketinggalan zaman, kerana kita telahpun melantik firma audit profesional dan bebas bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk semua agensi kerajaan negeri kerana merasakan tidak ada yang perlu disorokkan,” katanya dipetik daripada Sinar.

Menurut beliau, sebagai contoh, kerajaan negeri telahpun melaksanakan Pek Integreti ke atas pentadbiran Kerajaan Tempatan dalam usaha membendung masalah penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah.

“Pek Integreti yang diurus oleh Transparency Internasional sudahpun dipraktikkan dengan meluas dalam Kerajaan Tempatan di luar negara seperti Itali, Indonesia dan Korea Selatan,” katanya.

Pek Integreti sebelum ini diperkenalkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi memastikan anak syarikat kerajaan negeri dan kontraktor perlombongan pasir berlesen tidak menjalankan urus niaga secara tidak bermoral.

“Sekiranya salah satu pihak melakukan penyelewengan, sebelah pihak lagi berhak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

“Ini adalah perjanjian, kita bakal melaksakan dengan beberapa fasa, supaya pihak bertanggungjawab faham tanggungjawab masing-masing,” jelasnya.

Kelmarin, Konsensus Bebas mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melantik firma audit profesional dan Bebas bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk semua agensi kerajaan.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009