AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, November 18, 2010

Prinsip Ketelusan menjadi dukungan Kerajaan Pakatan


SHAH ALAM 18 Nov - Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Negeri Selangor bersedia untuk menghukum individu-individu yang terlibat dalam penyelewengan sekiranya terbukti bersalah.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Negeri Pakatan memegang prinsip ketelusan dari awal pemerintahan termasuk tiada usaha melindungi kelemahan mana-mana pihak yang berlaku salah dalam pengurusan harta negeri.

Justeru tambahnya, sikap profesional kerajaan Selangor melantik wakil-wakil pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor melalui sistem temu duga mampu menangkis kelibat kroni seperti yang berlaku ketika pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Jadi di sini, kita dapat bezakan antara pemerintahan Barisan Nasional dan Pakatan, apabila sudah dilantik tiada kepentingan, bila berlaku apa-apa penyelewengan maka orang ini akan dikenakan tindakan. Kita tidak ada tutup, sembunyikan maklumat, tidak cuba membela dengan alasan-alasan remeh dan sebagainnya,” jelas beliau dipetik daripada TV Selangor di pekarangan Masjid Al-Ehsan, Shah Alam semalam.

“Bagi kita dalam Pakatan, kita tidak ada kepentingan. Kita minta rakyat yang ada dalam PKNS, Yayasan Selangor, sekiranya ada maklumat, dedahkan. Orang bersalah akan dikenakan tindakan. Tidak ada apa yang kita sorok, berpura-pura.”

Khalid yang hadir ke majlis Korban di Seksyen 24, Shah Alam pagi tadi, turut tidak menafikan kelemahan dalam pengurusan yang baru diambil alih, justeru Kerajaan Pakatan berusaha untuk menurunkan kadar ketirisan ke tahap minima.

Tambah beliau lagi, sekiranya terdapat sebarang masalah dan kelemahan dalam pengurusan Yayasan Selangor seperti yang didakwa maka ia tidak lagi melibatkan campur tangan pemimpin politik.

“Kalau macam dulu ada penyelewengan, ia atas arahan pemimpin Barisan Nasional kerana mereka mahukan kekayaan dan sebagainya.

“Tapi sekarang ini kerana ia diserahkan kepada pihak profesional dan mereka sepatutnya menguruskan dengan cara baik, jadi sekiranya ada penyelewengan maka pengurusan yang dilantik akan dikenakan tindakan,” kata beliau.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM800 ribu untuk kos penganjuran majlis sambutan ulang tahun Yayasan Selangor Jumaat lalu.

Noh juga mendakwa sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberikan kontrak untuk menganjurkannya.

Isu tersebut mula mendapat perhatian apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dilaporkan membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos mengadakannya amat tinggi.

Khalid yang juga Lajnah Politik PAS percaya kerajaan Umno-BN tidak mampu melaksanakan ketelusan sepanjang pemerintahan parti itu kerana sering melindungi kepentingan individu-individu tertentu melalui kuasa politik.

Beliau yang menyifatkan Noh Omar sebagai kurang akal, turut mengecam tindakan menteri itu membela sekumpulan samseng yang memukul Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Karang, Ng Suee Lim, ketika membuat lawatan bertemu petani di daerah itu minggu lalu.

“Kita tidak ada usaha sorokkan perkara tersebut. Bukan macam Noh Omar, bila YB Ng Suee Lim pergi ke Tanjong Karang kerana hendak dengar aduan petani, kena pukul. Lepas itu Nor Omar membela, mengatakan YB tersebut memang patut dipukul. Ini menteri yang sewel sikit,” tegas beliau.

Kira-kira 200 orang hadir ke pekarangan Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Shah Alam pagi tadi menyaksikan 13 ekor lembu dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidil Adha kali ini.

Khalid Samad turut membantu ahli jawatankuasa masjid melapah daging lembu.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009