AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, October 14, 2010

PRK Galas : PAS Lancar Gerak Kerja 19 Oktober


KUALA LUMPUR 14 OKT: PAS Kelantan akan melancarkan gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 19 Oktober ini di Gua Musang Kelantan.

Menurut portal Harakahdaily.net,Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, senarai nama calon sudah ada dalam pengetahuan PAS Pusat dan Kelantan akur dengan keputusan itu.

“Bagi kita di dalam PAS, senarai nama yang dihantar tersebut adalah semuanya berkelayakan, namun ia terpaksa dibuat pilihan oleh Majlis Syura dan kita harap semua pihak akan menerima sesiapa sahaja yang akan menjadi calon PAS di Galas nanti,” Muhammad Fadzli dipetik berkata kepada Harakahdaily.

Fadzly ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Rumah Sri Kelantan, di sini malam tadi.

Mengulas mengenai persediaan jentera parti, Muhammad Fadzli berkata, PAS mempunyai banyak pengalaman sebelum ini dalam membantu kelancaran pilihan raya walaupun di tempat-tempat yang tidak ditandingi parti itu.

Setelah melalui 11 pengalaman selepas PRU-12 bersama-sama Pakatan Rakyat, PAS semakin yakin dengan kekuatan jentera parti itu.

“Kita juga yakin jentera PAS dari seluruh negeri akan turun sebaik mungkin dan ini memberi kekuatan semangat kepada PAS Kelantan dalam PRK Galas ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya tindakan masyarakat Orang Asli yang bercadang mahu menggunakan jentera mereka sendiri bagi membantu PAS pada pilihan raya kecil Galas, membuktikan bahawa golongan itu semakin matang dan memahami dasar yang dibawa oleh parti.

“Amat bagus saranan dari ketua masyarakat Orang Asli di Gua Musang tersebut dan di pihak kerajaan, tugas memberi penerangan dan menyebarkan maklumat perlu diteruskan sepanjang masa dan ia tidak hanya dalam musim pilihan raya saja,” ujar beliau lagi.

Tambahnya, tanggapan orang ramai terhadap masyarakat Orang Asli yang masih tidak mempunyai pendidikan dan lemah, kini sudah tidak tepat lagi.

“Mereka kini sudahpun mempunyai pengetahuan terhadap dasar yang dibawa oleh kerajaan Kelantan.

“Ini terbukti dengan usaha pihak kerajaan yang telah melantik wakil mereka dalam Majlis Daerah Gua Musang dan wakil mereka ini sering memberi pandangan yang agak bernas dan boleh diterima pakai,” katanya.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009