AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, October 14, 2010

Tangguh GST, Kejayaan Rakyat : PAS


KUALA LUMPUR 14 OKT : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) , sehingga kerajaan menangguhkan perancangan tersebut.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan medianya berkata , "Inilah hikmahnya apabila kuasa rakyat semakin terserlah dan bilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ramai, menyebabkan mereka merasa gerun perkara ini akan ditentang di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung".

Tegas Idris Ahmad lagi."Mereka juga memahami isu penderitaan rakyat jika tidak ditangani dengan sempurna akan membawa padah kepada BN dalam pilihanraya akan datang."

Sebubungan itu, PAS mengharapkan kerajaan jangan mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang, dengan mengenakan GST semata-mata, kerana ia melibatkan semua lapisan rakyat di negara ini, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Idris berkata lagi,"Kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan negara dahulu, supaya lebih telus dan memerangi rasuah. Kos yang tiris inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan pada hari ini tercekik sehingga memikirkan perlunya GST dilaksanakan".

Justeru Idris mengingatkan kerajaan agar jangan merasa malu untuk belajar daripada pemimpin negeri Pakatan Rakyat yang telah terbukti kewibawaannya dalam menguruskan ekonomi di negeri masing-masing.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009