AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, October 11, 2010

Parlimen Tolak Soalan Berhubung Pembelian Puluhan Ribu Senjata Untuk Pemuda Umno

lks2
SHAH ALAM 11 Okt - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata soalan beliau kepada Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini telah ditolak berhubung tindakan kerajaan membeli jumlah peralatan senjata dalam jumlah yang amat banyak daripada sumber pasaran haran di luar negara dan hubungannya dengan latihan separa tentera Pergerakan Pemuda Umno.

Kata Kit Siang, Parlimen juga menolak soalan beliau mengenai sikap Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan yang masih menolak konsep 1Malaysia walaupun setelah 18 bulan gagasan itu diperkenalkan.

Bagaimanapun soalan beliau berkaitan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya diletakkan pada kedudukan nombor empat soalan lisan.

Ia berbunyi," Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tarikh/jenis laporan-laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Datuk Sosilawati di Banting, serta tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan."

"Saya tetap akan menanyakan dia soalan yang ditolak itu sepanjang sidang Parlimen kelak," kata beliau.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009