AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, October 22, 2010

Nazri Dibidas Perkecil Resolusi IPU


SHAH ALAM, 22 OKT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz tidak seharusnya memperkecilkan pandangan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes konspirasi kedua Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata, daripada memperkecilkan atau mempertikaikan resolusi yang diambil oleh IPU, Nazri sepatutnya meneliti laporan tersebut untuk rujukan.

Menurutnya lagi, selain imej negara yang telah tercemar di persada antarabangsa dengan prosiding yang meragukan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut bersikap angkuh terhadap pandangan pertubuhan itu.

Sivarasa menambah, sebagai menteri yang bertanggungjawab, Nazri seharusnya mengambilkira pandangan masyarakat luar sebelum mengeluarkan kenyataan sombong membidas laporan yang dikeluarkan IPU.

"Nazri perlu tidak memandang ringan dasar ini dan menganggap IPU badan yang tidak dipeduli dengan serius dan bagi saya Nazri akan lebih bertanggunjawab jika beliau menerima pandangan ini selain memberi nasihat kepada pemerintah Malaysia," ujar beliau kepada TV Selangor petang tadi.

Perbicaraan konspirasi kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam oleh IPU dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktober lalu.

IPU yang memerhatikan dengan teliti kes perbicaraan itu berkata terdapat kecacatan dan kesangsian serius berhubung dakwaan ke atas ketua pembangkang itu.

Sivarasa yang juga peguam Datuk Seri Anwar berkata, pandangan yang diberi oleh pertubuhan luar negara tidak boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan imej institusi pemerintahan yang memperlihatkan ketidakadilan dalam mengedali kes berprofil tinggi.

Beliau menambah, alasan yang diberikan Nazri agar IPU tidak campur tangan sudah tidak boleh diterima kini.

Beliau turut mengambil pendekatan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia yang konsisten mengecam kekejaman regim Zionis terhadap Palestine.

"Komen yang diberi bahawa IPU tidak boleh campur dalam hal Malaysia adalah satu pandangan yang tidak boleh diterima di era moden kerana sudah jadi amalan biasa badan antarabangsa memberi komen atas apa yang berlaku di negara-negara lain," jelas beliau.

Antara yang terkandung dalam resolusi yang dibuat oleh IPU menyebut Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, telah menolak permohonan pasukan peguambela untuk membatalkan pendakwaan terhadap tertuduh berikutan dakwaan perhubungan sulit antara Farah dan Saiful.

IPU juga menggesa supaya pasukan peguambela diberikan layanan yang sama seperti pasukan pendakwa yang merupakan elemen penting keadilan sesuatu perbicaraan yang sedang dijalankan.

Menurut resolusi itu, ia akan memberikan impak yang tidak sihat dan akan menyebabkan penghakiman yang dibuat gagal menepati ciri keadilan sejagat.

IPU juga menggesa Malaysia menghormati Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNHCR yang dianggotai oleh negara ini dan menegakkan usaha melindungi hak asasi manusia.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009