AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, October 22, 2010

Auku Tidak Relevan, SMM Sokong Mahasiswa UKM Sertai Perhimpunan Umno

smmSHAH ALAM 22 Okt - Pembabitan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Perhimpunan Agung Umno 2010 menunjukkan keterbukaan dan kebebasan telahpun diberikan kepada mahasiswa untuk menghadiri mana-mana majlis parti politik di negara ini.

Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman menyatakan SMM dan keseluruhan mahasiswa d negara ini menyokong prinsip kebebasan berpolitik seperti mana termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan setiap warganegara untuk menyuarakan sokongan kepada sesiapa sahaja.

"Saya merasakan sudah tiba masanya kebebasan ini diberikan kepada seluruh mahasiswa di dalam negara ini," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, atas dasar hak dan kebebasan yang sama beliau meminta agar pihak pentadbiran UKM berlaku adil di dalam menangani kes empat mahasiswa yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di mana mereka didakwa berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Katanya lagi, pihak pentadbiran UKM sewajarnya berlaku adil dan bijaksana di dalam kedua-dua kes ini, kerana jika pihak UKM menyatakan kedua-dua mahasiswa yang menyertai Perhimpunan Agung Umno itu bebas menyuarakan sokongan maka pihak UKM juga perlu membebaskan empat mahasiswa UKM yang didakwa berkempen di Hulu Selangor daripada sebarang tuduhan.

"Jika pihak UKM masih dengan sikap 'double standard' terhadap mahasiswa sendiri, maka ini adalah suatu sikap yang jelas memalukan pihak UKM sendiri sebagai pentadbir universiti di negara ini.

"Ini juga menunjukkan pihak pentadbiran UKM itu sendiri kini bertindak sebagai jentera tidak rasmi UMNO untuk memenuhi keperluan dan kepentingan politik sempit sesetengah pihak," kata Mohd Ridzuan.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa pihak UKM perlu membebaskan empat mahasiswa UKM yang disabitkan di bawah Auku daripada segala tuduhan yang dikenakan ke atas mereka, jika pihak universiti memilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua mahasiswa UKM yang menyertai Perhimpunan Agung Umno seperti diperuntukkan di dalam Auku.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009