AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, October 22, 2010

Kebebasan Media - Barisan Nasional 'Cakap Tak Serupa Bikin'


SHAH ALAM 22 OKT: Tindakan pihak polis mengambil tindakan tegas menyoal siasat dan menyita komputer riba milik blogger, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan hanya menunjukkan kerajaan Umno-BN tidak serius dalam memberikan dan menghormati kebebasan media.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berkata kerajaan Umno-BN 'cakap tak serupa bikin' dalam hal kebebasan media dan kerajaan juga tidak serius apabila menyatakan kerajaan Umno-BN akan menjadi 'whistleblower' mendedahkan penyelewengan.

"Bila sahaja sesuatu media, walaupun yang tidak memusuhi parti pemerintah Umno-BN seperti Rocky Bru mendedahkan sesuatu, mereka (kerajaan Umno-BN) juga ambil tindakan keras menggunakan pihak berkuasa," tegas Tian Chua.

Kata beliau, kerajaan bukan sahaja tidak serius mempertahankan kebebasan media tetapi dapat dilihat kerajaan Umno-BN kembali kepada taktik lama mereka menyekat media.

"Rocky Bru hanya membawa kes penyelewengan yang khusus tetapi itupun tidak diberikan toleransi oleh kerajaan Umno-BN. Sekali lagi membuktikan kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak berupaya mempertahankan kebebasan media," katanya lagi.

Beliau seterusnya menyatakan, dalam amalan prinsip demokrasi, kritikan dan serangan terhadap kerajaan adalah perkara biasa.

Tian Chua menegaskan sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan amanah, Dr Rais sepatutnya dapat menerima kritikan dengan membetulkan keadaan sekiranya apa yang didakwa oleh Rocky Bru adalah benar.

"Kalau dakwaan Rocky Bru benar, Dr Rais Yatim patutnya betulkan keadaan dan sekiranya dakwaan Rocky Bru tidak tepat, maka Dr Rais Yatim patut menunjukkan fakta yang sebenar.

"Itu sahaja, mengapa perlu mengugut akan mengambil tindakan polis dan sebagainya?" tanya beliau lagi.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009