AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, October 22, 2010

Laporan Ucapan Najib, SKMM Siasat Malaysiakini


KUALA LUMPUR, 22 Okt :- Akhbar web portal, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menjalankan satu lagi siasatan berhubung laporan berita yang disiarkan semalam berkaitan perhimpunan Agung UMNO.

Laporan berita akhbar portal berkenaan, kedua-duanya berhubung ucapan pembukaan perhimpunan agung yang ke 61 parti berkenaan oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak bertajuk "We must defend Putrajaya at all costs: Najib and PM moves to snuff out racial debates".

Pegawai SKMM, yang menjalankan siasatan, Mohd Syukri Jamaluddin telah berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama tengahari tadi dan menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk merekodkan kenyataan daripada Ketua Editornya, Steven Gan.

Menurutnya, Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malaysiakini dalam laporan beritanyanya melaporkan bahawa Mohd Syukri sebagai berkata beliau tidak tahu siapa yang membuat laporan terhadap akhbar portal berkenaan.

Dalam pada itu, Gan menyifatkan siasatan yang dijalankan oleh SKMM sebagai 'membuang masa' sambil berkata, " Ia sesuatu yang tidak masuk akal, SKMM menyiasat kedua-dua laporann berita yang disiarkan kerana ia adalah berasaskan ucapan Najib sendiri".

"Kami tidak memutarbelitkan apa yang diucap beliau (Najib). Segala yang dilaporkan oleh Malaysiakini diambil dari ucapannya," katanya dalam laporan berita oleh Malaysiakini.

Mengikut akta Komunikasi dan Multimedia, mana-mana individu yang didapati bersalah menyiarkan kandungan 'yang tidak sopan, palsu, dan mengganggu atau menyinggung dengan niat untuk mengugut, mengganggu sesiapa, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009