AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, October 12, 2010

Kerajaan Negeri Selangor Peka Perubahan Iklim Dunia


SHAH ALAM, 12 Okt – Bagi tujuan membawa isu perubahan iklim ke semua lapisan masyarakat di negeri ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan kempen kesedaran perubahan iklim ‘10:10 Selangor’ bagi menyambut baik kempen yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa.

Tunjang utama kempen ‘10:10 Selangor’ ini tersenarai dalam 10 langkah mudah. Antara langkah-langkah yang disyorkan, mengelak pembaziran makanan, air dan tenaga, menggunakan mentol lampu jimat tenaga, dan menjimatkan tenaga penghawa dingin dengan menetapkan suhu pada paras 25 darjah celsius.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Elizabeth Wong, kerajaan negeri melancarkan kempen ‘10:10 Selangor’ ini sebagai langkah permulaan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Selangor tentang isu-isu perubahan iklim serta tindakan yang boleh diambil.

“Perubahan iklim dunia merupakan cabaran penting untuk generasi kini. Saya percaya semua rakyat Selangor bersedia untuk menghadapi cabaran ini, khususnya jika kita sedar hubungan antara cara hidup kita dengan punca fenomena perubahan iklim,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu dalam satu kenyataan media.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kempen ‘10:10 Selangor’ ini hanya merupakan langkah pertama.

Orang ramai dijemput untuk membuat deklarasi awam penyokongan terhadap 10 langkah yang disyorkan kempen ‘10:10 Selangor’ ini di www.selangor.gov.my/1010. Sebuah loket edisi terhad yang diperbuat daripada bahan plastik yang dikitarsemula akan dihadiahkan kepada 500 penyertaan yang pertama.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Brian Yap
pegawaikhas@gmail.com
+60 16 311 0120
atau
Adrian Yeo
alamsekitarselangor@gmail.com
012-358 5453

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009