AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, October 12, 2010

Berjaya Kurangkan Kos Selenggara Perkampungan Exco Seksyen 7

SHAH ALAM, 12 Okt – Hasil perancangan teliti dan cermat, Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengurangkan kos penyelenggaraan Perkampungan Exco dari RM170,000 sebulan kepada RM70,000 sahaja.

Meskipun potensi kompleks rumah-rumah banglo ini belum dimaksimakan sepenuhnya, namun Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad menjelaskan, strategi sedia ada memadai untuk meringankan beban kerajaan negeri menampung projek bernilai RM21 juta itu.

Pembinaan Perkampungan Exco di Seksyen 7 Shah Alam oleh pentadbiran lalu mengundang kontroversi dengan pembinaan 10 buah rumah banglo yang dikhususkan untuk kegunaan Exco-Exco kerajaan negeri sahaja.

Pakatan Rakyat (Pakatan) berpendapat pembinaannya adalah satu pembaziran yang ketara, kerana ia tidak memberi pulangan langsung kepada pembayar cukai, lantas pentadbiran baru terpaksa menggalas tanggungjawab memastikan perkampungan itu menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor.

Kini dikenali sebagai Rumah Rehat Kerajaan Negeri Selangor, enam dari 10 bunglo itu disewa mengikut caj hotel semasa, iaitu RM170 sehari, yang digunakan secara kerap oleh para penjawat awam Selangor yang berkursus.

Manakala empat rumah diperuntukkan untuk Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Penerangan Negeri, Presiden Majlis Daerah Petaling dan Penasihat Ekonomi Negeri.

Iskandar menjelaskan, kadar sewaan untuk setiap banglo berdasarkan kepada caj bilik standard Hotel De Palma, yang dilantik untuk membantu kerajaan negeri memajukan
perkampungan itu.

“Fokus kita sekarang adalah untuk program-program dalaman kerajaan negeri. Sambutan yang diterima daripada para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco, ketua-ketua kampung adalah menggalakkan,” jelas Iskandar yang juga merupakan ADUN Cempaka.

Pengunjung setia kompleks ini adalah pemimpin-pemimpin setempat seperti ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai dari Pejabat Menteri Besar, serta peserta-peserta program kemajuan insani SPIES untuk penjawat awam.

Dikelilingi oleh taman rimba kehijauan, perkampungan ini digunakan untuk mesyuarat, latihan dan kursus-kursus kerajaan, selain menjadi kediaman tetamu-tetamu kerajaan negeri.


Setiap bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi penghawa dingin, manakala sistem air panas disediakan di setiap bilik mandi, bahkan para tetamu juga mempunyai akses kepada kolam mandi beserta jakuzi yang disediakan di setiap rumah.

Iskandar menjelaskan, cadangan menggandakan fungsi kompleks rumah rehat ini kepada perhotelan komersil, kampus pendidikan dan pusat rawatan memerlukan input daripada orang ramai serta penukaran status tanah.

“Kalau kita mahu usahakan kegiatan komersil di tanah kompleks ini, kita terlebih dahulu perlu mengadakan pendengaran awam jika mahu menukar status tanah berkenaan kepada perniagaan daripada kediaman,” ujar Iskandar.

“Meskipun ada cadangan untuk menukarkan kompleks ini kepada pusat rawatan, tetapi sehingga sekarang ini tiada lagi kertas cadangan dari mana-mana pihak bagaimana untuk menggunakan kompleks ini,” tambah beliau.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009