SHAH ALAM 25 SEPT : Kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar yang ditahan polis dinafikan haknya apabila Mahkamah Majistret Sepang membenarkan polis untuk menahan reman beliau selama sehari sebelum kehadiran peguam.
Pengarah Strategik PKR, Tian Chua menulis dalam laman Twitternya sebentar tadi memaklumkan demikian.
" Zunar telah ditahan reman oleh mahkamah majistret Sepang sebelum peguam beliau tiba- ini jelas melanggar hak perlembagaannya," tulis Tian di laman Twitternya.
Portal Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Zunar kini berada dalam tahanan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sepang dan di bawah seksyen4(1)Akta Hasutan
Bagaimanapun usaha Tv Selangor menghubungi peguam Zunar, Latheefa Koya sehingga kini gagal.
Setakat awal pagi tadi, menurut laporan beberapa portal, Zunar yang ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam telah dibawa ke tujuh balai polis.
Beliau dibawa ke balai polis Brickfields, Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, Serdang, Puchong, Bukit Puchong, Sepang, dan akhirnya ke KLIA.
Pada ketika itu Zunar ditemani peguam, Latheefa Koya.
Pagi ini, beliau dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang untuk mendapat perintah tahanan reman.
Dalam serbuan di pejabatnya semalam, polis merampas lebih 60 naskhah naskhah Cartoon-O-Phobia yang sepatutnya dibawa ke majlis pelancaran itu.
Bagaimanapun pelancaran karya Zunar, Cartoon-o-Phobia berjalan lancar malam tadi.
Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH).
Kira-kira 150 hadirin hadir memberikan sokongan kepada karya terbaru Zunar itu.
Sumber: TVSelangor
0 comments:
Post a Comment