AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, September 25, 2010

Pemilihan PKR 2010 Lahir Lebih Ramai Pemimpin Wibawa Kata Khalid


PETALING JAYA 25 SEPT : Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus kukuh dengan lahirnya lebih ramai pemimpin yang berkualiti menurusi proses pemilihan akar umbi yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bercakap pada sidang media majlis pecah tanah Tadika Rakyat di Petaling Jaya semalam, ujar Khalid, proses demokrasi yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat adalah kunci kemakmuran sebuah negara merdeka.

"Belum pernah mana-mana parti dalam Malaysia mengadakan pemilihan terus oleh ahli-ahli yang akan menentukan pemilihan di peringkat cabang dan majlis tertinggi,"ujar Khalid.

Terdahulu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan bahawa proses demokrasi yang bebas dan telus akan memperkuat dan mengukuhkan lagi struktur parti.

Malah ujar Anwar, kekuatan akar umbi mampu melindungi PKR dari tekanan Umno-Barisan Nasional yang mahu mengganggu gugat kestabilan parti.

Pemilihan PKR melibatkan hampir 500 000 ahli dari peringkat akar umbi memilih sendiri Presiden serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi mereka.

Pemilihan yang bakal dijalankan November ini merupakan perkara julung kali yang dilakukan oleh mana-mana parti politik di Malaysia.


Sumber: TVSElangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009