AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, September 16, 2010

NKRA Najib Gagal Bendung Jenayah


SHAH ALAM 16 Sept - Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah yang dilancarkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dilihat gagal membendung peningkatan kes jenayah di Malaysia yang semakin membimbangkan.

Menurut Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Alam, Dr Yaakob Sapari, pembunuhan tragis jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain serta pembunuhan kejam yang melibatkan seorang ustazah dan anaknya di Port Dickson awal bulan ini jelas menunjukkan pihak polis tidak berjaya mengawal sepenuhnya kejadian jenayah bunuh di Malaysia.

"Rata-rata rakyat Malaysia pada hari ini tidak berasa begitu selamat kerana kes jenayah yang sering berlaku.

"Hakikatnya, undang-undang jenayah di Malaysia pada hari ini dilihat begitu lemah dan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat.

"Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah masih belum cukup untuk memberi keinsafan kepada pesalah sekaligus tidak mampu memberi kesedaran kepada masyarakat secara amnya.

"Ini disebabkan oleh hukuman yang dilaksanakan, dijalankan di kawasan yang tertutup serta jauh dari orang awam," kata Dr Yaakob dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau mencadangkan agar hukuman berat yang dijatuhkan kepada penjenayah dijalankan di tempat awam.

Dengan cara ini, orang ramai yang menyaksikan hukuman tersebut akan merasa gerun untuk melakukan apa juga bentuk jenayah.

Pada masa yang sama, cara ini dapat mendidik warga tentang undang-undang yang ada di negara ini.

"Kes pembuhuhan melibatkan jutawan kosmetik , Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain dengan seorang seorang peguam yang bergelar Datuk telah mencetuskan suasa tegang dalam negara ketika umat Islam sedang bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini ditambah lagi dengan meningkatnya kes pembunuhan dan pembuangan bayi," ujar beliau.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009