KUALA LUMPUR 16 Sept - Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan secara rasmi mengumumkan hasrat beliau bertanding jawatan Naib Presiden bagi mewakili golongan muda di peringkat pimpinan pusat parti.
Beliau berkata keputusannya berdasarkan kepada keperluan mengangkat idealisme anak muda bagi memainkan perana yang lebih besar di dalam pembudayaan demokrasi dalam KEADILAN.
"Saya dengan ini mengumumkan untuk menawar diri bagi mengisi ruang kepimpinan parti sebagai Naib Presiden KEADILAN.
"KEADILAN telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah platform yang menyediakan ruang dan peluang yang kondusif untuk generasi muda lebih berperanan di dalam politik negara. Dan tentunya ia harus diterjemah melalui penyertaan strategik kepimpinan muda dalam hierarki KEADILAN.
"Dokongan penuh ke atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku kemudi KEADILAN akan lebih bermakna dengan kemampuan pimpinan untuk mendampingi generasi muda, dan saya bersedia memikul perana tersebut, seandainya diamanahkan," kata Shamsul ketika membaca kenyataannya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman petang tadi.
Shamsul berkata beliau yakin untuk mendapatkan sokongan dari semua anggota parti termasuk daripada sayap wanita, AMK serta pimpinan peringkat pusat.
Bagaimanapun Shamsul tidak menyatakan pendiriannya apabila ditanya mengenai calon Ketua AMK yang beliau sokong.
"Kalau saya nyatakan sokongan secara terbuka kepada Rafizi sebagai calon Ketua AMK tidak ada gunanya kalau ahli tidak menyokong beliau kerana pemilihan parti kali ini dibuat secara langsung," jelas beliau.
Ditanya samada beliau menyokong keputusan Naib Presiden Azmin Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden, Shamsul berkata pendiriannya akan dibuat selepas semua proses pencalonan selesai.
"Saya tunggu sehingga selesai proses pencalonan. Saya hanya menawarkan diri tapi kalau tidak ada cabang yang mencalonkan saya tidak mungkin saya dapat bertanding Naib Presiden," kata beliau lagi.
Wakil Wanita KEADILAN Malaysia, Hasnah Hashim berkata sayap wanita tidak mempunyai masalah untuk menyokong pencalonan Shamsul sebagai Naib Presiden.
"Wanita meraikan hasrat Shamsul bertanding jawatan Naib Presiden. Kami percaya penyertaan beliau pada peringkat pimpinan pusat parti akan memberi peluang kepada golongan muda untuk memyumbang dengan lebih besar kepada perjuangan parti.
"Kami melihat ini sebagai satu pakej di mana wanita dan AMK adalah sebagai satu 'talent scouting' bagi mencungkil bakat muda untuk diketengahkan pada peringkat ang lebih tinggi dalam parti," kata Hasnah.
Calon Ketua AMK, Rafizi Ramli yang turut hadir pada sidang media itu berkata sumbangan dan jasa Shamsul adalah amat besar kepada sayap itu dalam usaha membina kembali kekuatannya antara tahun 2006 dan 2008.
"Shamsul memgambil alih AMK ketika ia menghadapi keadaan yang getir dan pebuh cabaran tetapi ketokohan beliau mampu membina kembali jentera AMK dan sayan harap semangat dan kemampuan beliau diangkat kepada peringkat yang lebih tinggi dalam parti," kata Rafizi.
Sumber: Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment