AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, September 6, 2010

Kenyataan Khir cetek pengetahuan


Kenyataan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung bonus dan insentif yang ditolak Menteri Besar membuktikan ketidakupayaan beliau dan cetek ilmu pengetahuan, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

Beliau berkata, kenyataannya itu menunjukkan Dr Khir tidak mampu membezakan antara organisasi korporat dan kerajaan.

Menurutnya, ia tidak menghairankan memandangkan pentadbiran yang lemah diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar sebelum ini.

“Ketika Tan Sri Abdul Khalid (berkhidmat) di PNB dan Guthrie, beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.

“Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya dalam syarikat berkaitan Kerajaan Negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Katanya, Dr Khir berkemungkinan tidak sedar sekiranya seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan.

“Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya, seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat.

“Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri.

“Menteri Besar bercadang merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi membolehkan semua wakil Kerajaan Negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri.

“Sebagai Menteri Besar ketika itu, Dr Khir tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima faedah istimewa seperti bonus serta insentif.

“Walaupun Tan Sri Khalid tiada alasan politik untuk menolak faedah istimewa yang ditawarkan tetapi sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, beliau enggan meneruskan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu,” katanya.

Katanya, sebagai kerajaan yang menegakkan ketelusan serta kebertanggungjawaban, PR percaya rakyat mesti dimaklumkan mengenai faedah istimewa dan bonus yang diberikan kepada wakil mereka yang memegang jawatan bukan eksekutif dalam GLC.

“UMNO boleh terus mewajarkan keputusan serta polisi yang diamalkan sejak 53 tahun lalu, tetapi saya mengingatkan rakyat kini lebih berpengetahuan dan tidak teragak-agak menghukum pemimpin yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. .

Sinar Harian 4 September menyiarkan kenyataan Faekah berhubung rasa terkejut Khalid apabila ditawarkan insentif RM100 ribu daripada sebuah GLC Kerajaan Negeri. Khir pula menyifatkan keengganan Khalid sebagai sengaja menunjuk baik. – SINAR HARIAN

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009