AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, September 6, 2010

Agihan: BN rompak hasil negara untuk suku sakat

BUKIT MERTAJAM, 6 Sept: Prinsip agihan dan sumbangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah jauh berbeza dengan apa yang menjadi amalan dalam pelaksanaan Kerajaan Pusat pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan waris keluarga warga emas yang telah meninggal dunia di Dewan Mutiara, Bukit Mertajam semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta kepimpinan kerajaan negeri.

Anwar juga menyifatkan perbezaan dalam pelaksanaan sistem pemerintahan adalah begitu ketara antara pimpinan PR dan BN.

"Kita dalam PR tidak merompak hasil negara dan mengagihkan hasil rompakan kepada suku-sakat. Dalam PR juga kita tidak amalkan mengambil hak orang lain seperti yang diamalkan dalam BN serta agihkan sebagai sumbangan.

"Kelainan yang ada pada PR ini akan membawa banyak perbezaan yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat yang miskin dan terpinggir.

"Mereka yang miskin harus diberi keutamaan dalam pembelaan. Nasib mereka ini mesti diperjuangkan. Selagi pembelaan yang sewajarnya tidak diberikan maka yang miskin akan tetap miskin, manakala yang kaya akan terus menambah kekayaan," ujarnya lagi.

Tambah Anwar lagi, keadilan yang hendak ditegakkan boleh dilaksanakan sekiranya sikap angkuh dan bongkak tidak menjadi amalan dalam kepimpinan.

Dalam PR hasil yang diperolehi adalah melalui amalan perbelanjaan berjimat cermat dan bukannya melalui rompakan hasil negara dan diagihkan sebagai sumbangan kepada masyarakat miskin yang memerlukan pembelaan.

Oleh kerana kelainan yang ada pada PR, katanya maka nasib masyarakat di Pulau Pinang telah berjaya dibela oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi penghargaan kepada 107,625 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak RM100 setiap orang.

Sejajar dengan itu kerajaan negeri juga telah mula memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap waris apabila ibu atau bapa mereka meninggal dunia.

Sehingga 24 Ogos 2010, seramai 776 waris warga emas yang meninggal dunia telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapat sumbangan sebagai menampung kos urusan pengebumian.


Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009