AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, August 25, 2010

SOGT: Pemimpin Politik, Industri Anggap Kepentingan Sabah Diketepikan


KOTA KINABALU, 25 Ogos — Petronas Carigali bertindak tidak adil kepada Sabah jika betul ia memenganugerahkan projek mega bernilai RM1 bilion untuk membina Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis kepada sebuah syarikat Sarawak.

Ahli politik dan industri berkata tindakan itu seolah-olah membelakangkan kepentingan kontraktor tempatan dan penduduk Sabah secara keseluruhannya yang berharap untuk turut meraih manfaat daripada projek yang dibuat di atas tanah mereka sendiri.

Bendahari Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuh komponen Barisan Nasional, Datuk Marcus Mojigoh berkata, beliau tahu ada beberapa syarikat yang cuba melobi untuk mendapatkan kontrak yang lumayan itu.

“Saya tidak tahu butiran mereka tetapi malanglah jika mereka tidak berjaya mendapat kontrak itu.

“Dan terus terang saya katakan, ramai pihak tidak akan senang dengan keadaan ini,” kata Ahli Parlimen ini dan menambah yang beliau tidak terkejut dengan keputusan itu.

Ini katanya, selagi syarikat yang diberi kontrak itu dapat melakukan kerja mereka dengan baik dan adil membahagikan projek kecil-kecilan kepada syarikat tempatan Sabah, ia lebih baik daripada terus diketepikan.

“Saya mesti akui bahawa Sabah masih belum ada kepakaran yang cukup luas dalam industri minyak dan gas jika dibandingkan dengan Sarawak yang sudah lama dan berpengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Kata beliau yang tidak senang pasti akan mempersoalkan makna integrasi, perpaduan dan konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan pemimpin di peringkat persekutuan tetapi apabila tiba kepada soal kemewahan, Sabah terus dipinggirkan.

Namun sebagai pemimpin dalam BN, beliau akur dengan keputusan kerajaan itu.

“Jika kerajaan nampak tiada kontraktor dari Sabah yang layak untuk menerajuinya, maka itu adalah haknya.

“Namun, saya minta Petronas agar berlaku adil dengan dengan memberi keutamaan kepada kontraktor Sabah ketika mengagih projek kecil-kecilan,” katanya.

Bagi Presiden Pekilang-pekilang Sabah (FSM) Datuk Wong Khen Thau, kerajaan berlaku tidak tidak adil sekali lagi kepada Sabah kerana banyak-banyak pakar yang ada kenapa kontrak itu tidak diberi kepada usahawan berkebolehan Sabah?

Keputusan itu katanya, adalah preregotif Petronas sebagai pemaju projek mega itu, tetapi mempersoalkan kenapa pilih orang Sarawak dan meminta kerajaan telus ketika memberikan kontrak serta memberi sebab kenapa kontraktor Sabah tidak diberi keutamaan.

Katanya, bagaimana mahu melahirkan rakyat yang mempunyai pendapatan tinggi jika anak Sabah selalu diketepikan setiap kali ada projek mega ini.

Majoriti penduduk Sabah miskin dan hidup di bawah paras kemiskinan, katanya.

“Projek ini sudah terlepas ke tangan orang luar dan harapan untuk penduduknya menambahkan sedikit pendapatan berkecai,” katanya menambah FSM ada lebih 200 ahli di mana ada yang terbabit dalam industri minyak dan gas.

“Ahli saya ada yang terbabit dalam industri ini dan belum tentu mereka ada harapan untuk mendapatkan secubit kek yang besar ini,” katanya.

Apabila beroperasi pada 2013, SOGT di Kimanis akan muncul sebagai bandar petroleum tertunggul seperti Miri dan Bintulu di Sarawak serta Kerteh, Terengganu.

Melalui dua terminal di Kimanis dan Sipitang dengan keluasan kira-kira 800 hektar, industri minyak dan gas di Sabah akan berkembang dengan pesat.

Hasil minyak dan gas menyumbang 8.2 peratus terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah pada tahun lalu.

Bagi eksport petroleum mentah pula, ia menyumbang sebanyak 37.4 peratus atau RM13.9 bilion tahun lalu pendapatan negeri ini.-THE MALAYSIAN INSIDER

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009