AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, August 10, 2010

Protes Lancar Kempen Penerangan Kenaikan Harga Barangan Ke Seluruh Negara


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barangan (Protes) melancarkan kempen Selamatkan Rakyat - Bantah Harga Barang Naik yang bermula semalam bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barangan termasuk harga minyak melalui edaran risalah di seluruh negara.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, kempen penerangan akan menjurus kepada kesedaran terhadap kesan kenaikan harga barangan keperluan dan langkah kerajaan mengurangkan subsidi barangan.

"Kenaikan ini walaupun bunyinya kecil, tapi kesannya kepada rakyat cukup besar kepada rakyat. Kalau gaji mereka RM700 bererti mereka terpaksa memerlukan lebih banyak wang untuk tampung kehidupan. Dan kita merasakan perkara ini adalah tidak adil," kata beliau pada sidang media di tapak pasar malam di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata risalah tersebut mengandungi fakta dan penerangan yang perlu diketahui orang ramai.

Edaran itu akan dilakukan dalam siri yang sama di beberapa tempat di seluruh negara dan diteruskan sepanjang bulan Ramadhan.

Pada masa yang sama katanya, Protes akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri pada 14 Oktober depan dalam minggu pertama sesi Parlimen akan datang.

"Kita akan lihat respon daripada pimpinan negara, seandainya mereka tak hiraukan bantahan rakyat ini, maka sebaik sidang Parlimen kita akan teruskan perhimpunan besar-besaran untuk membantah kenaikan harga ini, di Kuala Lumpur," ujarnya.

Ketua Aangkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula berkata, rakyat akan diberitahu mengenai langkah kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi kepada rakyat dan mempersoalkan subsidi yang diberikan kepada syarikat kroni Umno-Barisan Nasional.

Sebanyak RM74 bilion kononnya subsidi diberi kepada rakyat, namun yang sampai kepada rakyat hanya sebanyak RM13 bilion dan itu pun dalam bentuk subsidi bahan makanan sementara RM42 bilion untuk kesihatan dan pendidikan.

"Kita ingin tegaskan di sini dalam tanggungjawab kerajaan memastikan kesihatan dan mutu pendidikan rakyat dijaga. Kalau RM42 bilion itu pun mereka mahu sekat, apa gunanya mereka menjadi kerajaan," katanya sambil menambah subsidi kepada rakyat tidak perlu dipotong sekiranya tiada ketirisan dan rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Sementara itu Presiden Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim, berkata di sebalik memikirkan kebajikan rakyat dan golongan berpendapatan rendah, kerajaan katanya lebih mengutamakan syarikat kroni dan golongan kaya.

"Tetapi Yang miskin ditekan lagi. Kami mahu memberitahu rakyat negara kita mengalami masalah yang paling teruk di mana jika tak dijaga sepertimana yang dikatakan, pada 2020 Malaysia bukan menjadi negara maju tetapi negara bankrap," kata beliau.

Wakil mahasiwa dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzudin Helimi. Setiausaha Agung Jemaah Islah Malaysia (JIM), Nahar Mohd Nor, dan wakil Jerit, Y Kohila turut memberi ucapan mengecam langkah kerajaan menurunkan subsidi sedangkan berlaku ketirisan dan pembaziran termasuk pemberian subsidi kepada syarikat penjana tenaga bebas (IPP) bernilai berbilion ringgit.

Pelancaran dan edaran risalah itu disertai pimpinan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan wakil persatuan mahasiswa termasuk Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud,

Sementara itu, polis menahan tiga aktivis sebelum program edaran risalah itu dijalankan.

Mereka ialah Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip, Ahli Jawatankuasa AMK Batu, Farez Kama dan Penyelaras Suaram, Tan Moon Hui.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009