AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, August 10, 2010

Keputusan Gugur Kes Fitnah II 16 Ogos


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Ogos depan bagi memutuskan sama ada untuk menggugurkan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan permohonan pihak pembelaan yang mahu kes tersebut dibuang atas alasan kepincangan yang berlaku akibat dakwaan hubungan romantis Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya tidak dapat menentukan keputusan permohonan pengguguran kes tersebut hari ini, kerana memerlukan masa untuk meneliti hujahan kedua-dua belah pihak. Oleh yang demikian, mahkamah menetapkan Isnin depan bagi membuat keputusan tersebut," kata beliau dalam penghakimannya.

Perbicaraan disambung semula pagi ini bagi mendengar hujahan balas pasukan pembelaan bagi menentukan sama ada untuk membenarkan permohonan bagi mengenepikan kes Fitnah II ke atas Anwar.

Semalam, Mohamad Zabidin menolak dua permohonan pasukan pembelaan.

Pertama ialah bagi membenarkan mahkamah untuk membawa Farah dan Saiful sebagai saksi manakala permohonan tambahan adalah bagi membawa seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria berhubung kes poligami yang kini dibicara di mahkamah syariah.

Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh dalam jawapan terhadap hujahan pendakwaa mendakwa kredibiliti dan kewibawaan pasukan pendakwaan tercemar, berikutan Timbalan Pendakwa Raya itu dengan kesalahan.

"Sekiranya seseorang itu didakwa atas kesalahan syariah atau pun jenayah, maka kredibilitinya tidak boleh lagi dipertahankan dan dia tidak dibenarkan untuk menandatangani afidavit," hujah Karpal.

Mohd Hanafiah didakwa kerana melakukan kesalahan berkaitan poligami, apabila cuba untuk mengesahkan perkahwinan keduanya di Kota Bharu, Kelantan selepas berkahwin di negara Thailand.

Kredibilitinya dipersoalkan memandangkan Mohd Hanafiah adalah antara dua orang selain daripada DSP Jude Blacious Pereira yang menandatangai afidavit bagi pihak pendakwaan untuk mengenepikan permohonan pasukan peguam bela menggugurkan pertuduhan.

Peguam pembantu, Sankara Nair pula menjelaskan, kredibiliti Mohd Hanafiah Zakaria dipersoalkan, berhubung kelayakannya untuk menandatangani dan mengesahkan afidavit bagi menggugurkan kes berkenaan, sedangkan beliau sendiri boleh dipertikaikan.

"Kalau seseorang hendak tanda tangan afidavit, dia mestilah orang yang boleh dipercayai dan ada kredibilti. Tetapi dalam kes Hanafiah, beliau sendiri boleh dipertikaikan. Jadi, kalau dikatakan kita yang melengah-lengahkan perjalanan kes, siapa sebenarnya yang melengahkan perjalanan perbicaraan, dan siapa sebenarnya yang melakukan hubungan-hubungan itu?" soal Sankara.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009