AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, August 10, 2010

Ahmad Maslan Ajak Dialog Tapi Kecut Bila Tiba Masa


SEREMBAN 10 Ogos - Kegagalan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi jawapan berhubung jemputan berdialog mengenai isu Felda oleh Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang sepatutnya berlangsung semalam di Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak membuktikan sikap pengecut pemimpin Umno-Barisan Nasional.

Mazlan menyifatkan sikap membisu Ahmad itu seolah-olah cuba menyembunyikan rahsia mengenai Felda agar tidak diketahui rakyat.

"Sehingga sekarang saya tidak menerima apa-apa jawapan dari timbalan menteri terbabit, mengikut surat yang saya berikan kepadanya 9 Ogos merupakan sesi dialog antara saya dengan beliau berkaitan isu yang telah ditimbulkan terhadap Felda.

"Bagi saya Ahmad adalah seorang timbalan menteri yang pengecut serta takut untuk berhadapan dengan rakyat bagi memjelaskan serta menafikan segala persoalan yang timbul. Beliau sepatutnya tampil menyatakan yang benar terhadap isu Felda jika selama ini beliau mengatakan Felda ini tidak akan bankrap.

"Selain itu saya lihat ada sesuatu yang cuba beliau sembunyikan daripada pengetahuan umum, mungkin penyelewengan itu betul jadi kita perlukan kepastian darinya. Kenapa perlu kita berdiam dalam keadaan ini, rakyat menunggu jawapan dari beliau.

"Sebelum ini beliau menolak pelawaan saya untuk berdebat ketika saya bertemunya di parlimen, setelah perbincangan dibuat beliau mencadangkan agar dialog diadakan. Setelah meneliti dan mengambil pendapat daripada jawatankuasa Anak saya menerima untuk berdialog tetapi secara terbuka, dan surat telah saya berikan kepadanya melalui faks, pos juga serahan tangan di pejabatnya tetapi sehingga sekarang tiada sebarang jawap diterima," kata Mazlan semasa bersama peneroka Felda Serting di Mahkamah Tinggi Seremban 2 semalam.

Tambah beliau lagi tindakan yang diambil oleh Ahmad itu menimbulkan seribu pertanyaan dari rakyat.

"Rakyat sekarang membuat andaian bahawa apa yang berlaku di dalam Felda itu mungkin tepat, kalau ia tidak benar kenapa timbalan menteri tidak mahu mengadakan dialog secara terbuka bagi memberi penjelasan setiap soalan yang akan dikemukakan.

"Kenyataan Ahmad yang memberitahu Felda membayar cukai itu adalah tidak tepat, sepatutnya pengumuman itu dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalau pengumuman dilakukan oleh LHDN baru jelas pembayaran tersebut tetapi kenyataan Ahmad kita belum pasti sama ada benar atau tidak," tegas beliau.

Dalam penjelasan dalam Dewan Rakyat, Ahmad memberitahu kemerosotan tunai Felda kononnya diguna untuk kebajikan peneroka.

Menurutnya, RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka dan RM662 juta untuk bangunan baru Menara Felda.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009