AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, July 17, 2010

Umno-BN Pekakkan Telinga Bantahan Rakyat, Lebih Rela Bela Kroni


SHAH ALAM 17 Julai - Angkatan Muda KEADILAN Selangor ‘mengalu-alukan’ kenaikan harga petrol dan barang oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang ‘amat prihatin’ dengan kesengsaraan rakyat kerana ini akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno-BN

Tindakan tiu juga bukti 'rakyat didahulukan' dalam menanggung kesengsaraan tatkala pemborosan perbelanjaan kerajaan masih berlaku.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata AMK Selangor yakin kenaikan minyak dan barang ini hanya akan menambahkan kebencian dan meluat rakyat kepada pemimpin-pemimpin Umno-BN yang seringkali melaungkan slogan ‘rakyat agar didahulukan’ dan ‘juara rakyat’.

"Tindakan kenaikan ini akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Putrajaya semasa PRU-13 kerana rakyat semakin yakin BN adalah sinonim dengan ‘Barang Naik’.

"Dalam situasi kuasa beli rakyat semakin menurun dengan kenaikan harga barangan sebelum ini,kesengsaraan rakyat bagaikan dilupakan oleh kerajaan yang perlu bergelut saban hari dengan kenaikan mendadak kos sara hidup.

"Apakah ini hasil liberalisasi ekonomi dan program rakyat berpendapatan tinggi oleh Perdana Menteri ?," soal Mohd Ezli.

Menurut beliau, ketika rakyat terus berhadapan dengan alasan pemotongan subsidi untuk kononnya penjimatan wang negara, kerajaan terus boros dalam menguruskan perbelanjaannya.

AMK Selangor turut mempersoalkan jika untuk mengurangkan subsidi yang kononnya membebankan negara,mengapa tidak membuat pemotongan subsidi kepada pihak penjana tenaga bebas (IPP) yang jumlah angka kos amat besar dan tinggi ?.

"Apakah ini terjemahan rakyat didahulukan dengan menjadikan rakyat ‘dikorbankan’ dalam polisi baru kerajaan pusat ?.

"Bagaimanakah pula dengan jumlah kos mendapatkan khidmat perunding Apco yang wang ratusan juta tersebut boleh dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat ?," soalnya lagi dalam kenyataan media hari ini.

"Kita menggesa agar rakyat tidak terpengaruh dengan istilah pengurangan subsidi kerana realitinya adalah kenaikan kos yang perlu ditanggung rakyat. Suara rakyat perlu digemakan di seluruh negara tatkala Umno-BN akan terus menaikkan harga barang dan petrol diambang pengenalan cukai GST.

Dalam pada itu kata Mohd Ezli, AMK Selangor yakin rakyat sudah membuka minda dan hati siapakah yang memperjuangkan nasib dan kesengsaraan rakyat serta memikirkan masa depan rakyat negara ini sebenarnya.

Lakonan pimpinan Umno-BN yang kononnya mendabik dada juara rakyat ini adalah hasilnya dengan akan berlaku berterusan kenaikan barang dan perkhidmatan.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009