AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, July 17, 2010

Keluarga Beng Hock Mahu Bertemu Najib


KUALA LUMPUR 17 Julai - Keluarga mendiang Teoh Beng Hock, bekas pembantu politik Exco Selangor yang ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika disoalsiasat, bercadang untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya tidak berpuas hati dengan inkues berhubung punca kematian yang dijalankan.

Adik perempuan mendiang, Teoh Lee Lan berkata keluarganya bersetuju untuk bertolak ansur bagi menerima inkues dan bukannya suruhanjaya siasatan diraja kerana Najib mengatakan sekiranya mengikut Perlembagaan, inkues mesti dijalankan terlebih dahulu.

"Beliau (Najib) kata inkues akan mengambil masa dua minggu, paling lama dua bulan. Tetapi sekarang sudah setahun. Najib kata kita boleh berjumpa dengannya jika tidak berpuas hati. Kita minta surat jaminan tetapi dia tidak dihiraukan," katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.

Sementara Gobind Singh Deo yang merupakan peguam keluarga berkenaan mempertikaikan ucapan takziah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat semalam.

"Kenapa baru setahun baru keluar kenyataan sebegini?" soalnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed dilaporkan berkata SPRM berkongsi kepiluan dan kesedihan dengan keluarga mendiang ekoran insiden malang itu.

Beliau berkata, sebagai seorang ayah dan anak paling tua dalam keluarga, beliau dapat merasi kepiluan yang tidak tertanggung akibat kehilangan ahli keluarga.

Semalam genap setahun pemergian Beng Hock, ahli keluarga mendiang bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat mengunjungi tempat kejadian bagi memperingati bekas pembantu politik itu.

Antara yang hadir termasuk anggota keluarga Teoh, dan bekas majikannya, Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Exco Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Datuk Dr Hassan Ali, Dr Halimah Ali, Ronnie Liu serta kira-kira 50 penyokong.

Mereka tiba di pejabat lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam awal pagi bagi sambil membawa jambangan bunga dan peralatan sembahyang.

Namun, pihak pengurusan bangunan itu hanya membenarkan enam orang, termasuk Ean Yong untuk naik ke tingkat 5 Plaza Masalam, tempat Beng Hock ditemui mati.

Suasana muram menyelubungi upacara berkabung tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit.

Lee Lan kelihatan sebak dan berlinangan air mata sehingga terpaksa mengambil beberapa minit untuk bertenang sebelum berucap kerana terlalu sedih.

"Beliau harap kebenaran (apa yang berlaku) dapat dijelaskan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee yang menterjemahkan ucapan Lee Lan ke bahasa Melayu.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009