AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, July 17, 2010

PAS Tetap Tolak Kerjasama Politik Dengan Umno


KUALA LUMPUR 17 Julai - PAS mengulangi pendirian untuk kekal bersama Pakatan Rakyat dan meneruskan hubungan yang sedia terjalin dalam gagasan itu, sekaligus menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno.

Sebaliknya, PAS hanya bersedia mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat mengenai beberapa perkara yang menyentuh mengenai kepentingan masyarakat Melayu dan Islam.

"Kerjasama politik pada waktu ini, PAS memang bersama Pakatan Rakyat sehinggalah ke pilihan raya ke-13. Sebab kita memang berjanji macam itu. Perkara ini mesti jelas kerana kita tak mahu disalah fahami.

"Walaupun kerjasama dalam Pakatan Rakyat bukan melibatkan undang-undang sebaliknya hanya berdasarkan kepercayaan, PAS tak akan kianat," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS semalam.

Mustafa berkata, parti itu sentiasa belajar daripada pengalamanlalu ketika parti itu bergabung dengan Umno dan Semangat 46.

"PAS dalam trek rekod kerjasama politik, memang tidak pernah khianat kawan. Dahulu semasa bersama Semangat 46 dan dalam Barisan Nasional bukan kita yang keluar. Tapi mereka yang keluar dan PAS dikeluarkan.

"Dalam Pakatan Rakyat, PAS sentiasa istiqamah dari sudut itu. Kita tidak boleh nak khianati kerjasama yang telah kita wujudkan. Tak berbangkit sama ada kita nak kaji hubungan atau soal lain," tegas Mustafa lagi.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kesediaannya bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagi membincangkan kerjasama politik, Mustafa Ali berkata kenyataan itu telah disalah tafsirkan.

"Tak salah seorang Menteri Besar nak bertemu dengan pemimpin pusat untuk bincang banyak perkara, itu sangat perlu kerana antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat memang ada banyak isu-isu tertunggak.

"Saya tak fikir pertemuan ini akan sentuh soal kerjasama politik sebab PAS sudah putuskan bahawa kita akan bersama Pakatan Rakyat. Tok Guru sendiri sudah arif tentang perkara ini," jelas beliau lagi.

Muhyiddin sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz bagi membincangkan kerjasama dengan PAS demi mengukuhkan kepentingan masyarakat Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut segera dinafikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009