SHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam berkata Syarikat Bekalan Air Berhad (Syabas) tidak layak langsung menjalankan apa-apa penyelidikan berkenaan bekalan air di Selangor berhubung dakwaan negeri itu akan mengalami krisis air menjelang sekali lagi pada 2014 sambil menegaskan Selangor tidak akan berdepan dengan krisis tersebut.
Ini berikutan kenyataan Syabas yang menyatakan pendirian kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor berbeza dengan penyelidikan yang dibuat oleh Syabas dan akan menghadapi krisis air jika tidak mengambil langkah untuk mengelaknya melalui projek bekalan air dari Pahang melalui paip dan terowong yang melibatkan kos yang amat tinggi sebanyak RM40 bilion.
"Kita telahpun mengeluarkan beberapa kenyataan berkenaan isu ini dan ingin menjelaskan kerajaan Selangor tidak menghadapi apa-apa krisis air. Malah, kita dapati pengguna kini sudah mula berjimat agar dapat menggunakan air percuma 20 meter padu yang diberikan oleh kerajaan sepenuhnya supaya mereka tidak perlu berbelanja banyak," tegas Abdul Khalid kepada media selepas Mesyuarat Exco semalam.
Jelas beliau, Syabas telah menggunakan draf daripada Penyelidikan Sumber Air Negara (NWRS) yang dikeluarkan pada tahun 2000 dan laporan itu sudah tidak boleh diguna pakai kerana kuantiti air yang diguna sebagai perbandingan amat banyak dan lokasi perbandingan juga jauh berbeza.
Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional patutnya menyiasat dan memulihkan banyak tapak pemprosesan air yang dikelolakan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd kerana banyak tapak pemprosesan air kerap rosak dan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja penyelengaraan.
"Daripada 100 gelen air yang diproses, hanya 65 gelen sahaja yang dapat digunakan dan selebihnya hilang kerana kebocoran dan lain-lain sebab. Jika peralatan dan sistem pemprosesan itu cekap, kita dapat mengurangkan kebocoran ini dan mengurangkan peratus kebocoran sekurang-kurangnya kepada 15 peratus seperti di Pulau Pinang.
"Laporan NWRS telah menggunakan perbandingan yang tidak munasabah. Sebagai contoh, Selangor/Kuala Lumpur menggunakan daripada 500 ke 1224 liter per kapita, sedangkan perbandingan iaitu Sydney yang jauh lebih padat penduduknya hanya menggunakan 328 liter per kapita. Negara jiran kita, Singapura pula berada pada 214 liter per kapita," tegas beiau.
Elizabeth menjelaskan, masyarakat tempatan menggunakan air untuk pelbagai aktiviti lain seperti mencuci kereta, menyiram tanaman, dan sebagainya manakala jumlah yang diminum sedikit sahaja.
"Masyarakat perlu diddidik kembali untuk menggunakan air secara bijak agar air yang telah diproses dapat digunakan sepenuhnya," katanya lagi.
Tambah beliau, kerajaan negeri Selangor juga kini sedang melihat kepada penggunaan air sistem pengumpulan air hujan (rainwater collection system) sebagai sumber alternatif air bukan untuk diminum, dan sekaligus mengurangkan penggunaan air telah diproses kepada kegunaan individu sahaja seperti memasak, minum dan sebagainya.
Sumber: Suara Keadilan
1 comments:
Orang kalau dah tak sehaluan, ditakutnya kita dengan macam-macam cerita. Konon di depan ada harimau. Konon di kiri kanan ada serigala. Begitu juga Syabas. Konon Selangor bakal dilanda masalah kekurangan air. Pelik. Syabas bukan hanya perlu bergantung kepada penyelidikan dan kajian. Syabas juga perlu ingatkan Allah. Sebab yang jaga air bukan Syabas atau pakar pengkajinya, tetapi Allah yang menentukan air ada atau tidak.
Mengenepikan kuasa Allah dalam membuat ramalan, tentulah kerja orang yang riak dan bongkak. Negeri-negeri di padang pasir pun masih boleh dapatkan air, inikan pula Selangor.
Semua yang diramalkan lebih berunsur ugutan dan menakutkan kerana ada agenda tertentu yang kita mesti telah lama tau. Kita panggil agenda Tak Puas Hati (TPH). Macam juga si Noh Omar yang macam gila talak pasir.
Post a Comment