AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, July 22, 2010

Nurul Izzah Desak Peruntukan Sama Rata Kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR 22 Julai - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Kerajaan Persekutuan berlaku adil dan bersikap rasional berhubung pemberian peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat sama seperti yang diberikan kepada wakil rakyat Barisan Nasional.

Ini berikutan kekangan kewangan yang dihadapi wakil rakyat Pakatan Rakyat dalam urusan pemberian bantuan kepada rakyat di kawasan Parlimen masing-masing.

"Dalam setiap kali sesi Parlimen, kita telah bangkitkan tentang persoalan peruntukan yang perlu diberikan kepada setiap kawasan Parlimen. Ia adalah hak untuk diberikan kepada setiap Ahli Dewan Rakyat untuk perbelanjaan kebajikan rakyat.

"Peruntukan disalurkan oleh Unit Penyelarsan dan Penyelenggaraan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi ia menjadi hak Perdana Menteri untuk diberikan kepada sesiapa pun. Dalam hal ini Perdana Menteri berikan kepada wakil Barisan Nasional," kata Nurul Izzah selepas majlis penyerahan bantuan kepada lapan pelajar universiti yang kini sedang menyambung pengajiannya dalam peringkat sarjana.

Cek berjumlah RM500 setiap seorang adalah sumbangan Yayasan Aman, sebuah organisasi yang dinaungi oleh Presiden KEADILAN dan telah bergerak sebagai badan amal sejak tahun 1980an. Yayasan Aman memberi fokus kepada isu kesihatan, kebajikan dan pendidikan serta bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang lain seperti Baitulmal.

Nurul Izzah menjelaskan Yayasan Aman hanyalah pemegang amanah dan sumbangan daripada orang ramai dan agensi terbabit yang akan disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat kaedah penyaluran peruntukan di setiap kawasan Parlimen.

Beliau ingin mendapatkan penjelasan mengenai mekanisme dan pembentangan laporan tahunan kewangan mengenai perbelanjaan di setiap kawasan Parlimen terutamanya yang diselia oleh wakil rakyat Barisan Nasional.

Nurul Izzah mendedahkan peruntukan tahunan untuk setiap kawasan Parlimen berjumlah sekitar RM 800,000 hingga RM1.5 juta.

"SPRM pernah menghubungi saya sebelum ini, dan bertanya bagaimana wang yang disalurkan ke Pusat Khidmat kami. Bagi kami tiada masalah, kerana Pakatan Rakyat contohnya di Selangor, telah mempunyai mekanisme bagi memastikan ketelusan penyampaian setiap peruntukan melalui pemantauan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor)," tambah beliau.

Menyentuh mengenai kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas Nurul Izzah berkata langkah tersebut menekan kehidupan rakyat dan keadaan bertambah buruk dengan masalah kemiskinan bandar, pengangguran, dan jenayah sosial yang memerlukan pemantauan dan perhatian pihak berkuasa.

"Jadi adalah baik sekiranya, kerajaan menubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan yang memberikan fokus kepada isu berkaitan dengan pembangunan di kawasan Kuala Lumpur. Kami turut mendesak diadakan pilihan raya Majlis Tempatan seperti mana yang diadakan pada peringkat Dewan Undangan Negeri. Mengikut sejarah, kawasan Kuala Lumpur ini asalnya adalah di bawah pentadbiran kerajaan Selangor."

"Namun, selepas piihan raya 1969 yang menyaksikan kekalahan Perikatan di banyak kerusi di Selangor, mereka mula berusaha untuk mendapatkan semula pengaruh di kawasan bandar dengan menubuhkan Wilayah Persekutuan," tambah Izzah.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009